... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Wednesday, May 30, 2012

Bila jew hebat... Hukum kamkibut diwatnya

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/juanda-mahu-fatwa-nasab-dikaji-semula-1.51261

Islam = sejahtera... Anti poligami = geng setan

@mal_israel: “@SheikhNafiq: RT @amalaziz: Sex burns 25.7 calories per minute./ wow that's huge! Funtastic!” RT no wonder poligamers HALAL sihat belaka :)

Monday, May 21, 2012

#indiaceria atau @mamak_happy makna & kebaikannya...

Tugasnya bagi hamil then cerai

At least ada anak DAN naik taraf kepada janda hot berbanding andartu cold

Boleh sambut hari ibu & doa anak soleh

Umat nabi semakin positif jumlahnya SERTA jenayah bertambah negatif bilangannya, amin


 patut skop  diperluas hingga mengcakupi bukan warga malaysia gak win2. terlajak dapat bini. :)

Istilah2 yang unik... Selain gigolo. Lolz

@mal_israel: Si tupai, pak sanggup, cina buta, perogol, india ceria & sperm donor memiliki peranan masing2 selain suami normal... :/ http://t.co/xK2w5VtJ

Gigolo tawar khidmat melalui SMS


SINGAPURA: Lelaki gigolo yang menemankan wanita untuk seks kini menawarkan perkhidmatan seks oleh sindiket di Singapura melalui pesanan ringkas di telefon bimbit.

Promosi itu dibuat bersama gambar lelaki bogel yang mengaku dari China, Vietnam dan Thailand, dan pelanggan yang berminat diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan “urutan” daripada mereka.
Walaupun demikian, pesanan ringkas ini hanya dihantar kepada wanita secara rawak tetapi ada juga lelaki yang menerimanya.

Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Yen mengadu dia dan beberapa rakan lelakinya menerima pesanan ringkas ini yang dipercayai diedar sejak dua minggu lalu. - SinChew

Kes maksiat meme takut lak nak dirayunya... Jilat juboh jew kuat

Pendakwa rayu kes hakim khalwat


GEORGETOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) semalam, membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk semakan semula keputusan melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa atas tuduhan berkhalwat pada 17 Mei lalu.

Rayuan itu dibuat Ketua Pendakwa Syarie, Mohammad Zulkhairi Aziz di pejabat pendaftar jam 12 tengah hari.


Pada 17 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membebas dan melepaskan Adam serta Nurul Ezani atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember 2010.

Hakim Syarie, Othman Ibrahim berkata, mahkamah terpaksa menolak pertuduhan khalwat terhadap mereka berikutan tiada asas relevan kerana Mahkamah Syariah Daerah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, adalah sah mengikut hukum syarak.




Thursday, May 17, 2012

mau tolong famili? nikah dengan yang berkerjaya... muda nikah tua bukan sebaya!


Nasional

Gadis rela nikah usia 16 tahun
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
bhkb@bharian.com.my
2012/05/18

EKIN (kiri) memakai inai ketika  ditemui di rumah neneknya di Bachok, semalam.
EKIN (kiri) memakai inai ketika ditemui di rumah neneknya di Bachok, semalam.
Anak sulung ringan beban keluarga

BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.
Ekin yang hanya belajar sehingga Tingkatan Empat berkata, walaupun pernikahannya akan menjadi ‘buah mulut’ penduduk kampung, beliau sanggup menghadapi demi kasihnya kepada suami.
Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan. - Ekin
“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.

“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam. 

Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.

“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. 
Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.

Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.

Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.

“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.

Kahwin muda kasihani ayah

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.
Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Dah nama pun madu bukannya racun... Murtad je jika anti islam @poligami? Lolz!

@mal_israel: Cayolah hakim ni! @najibrazak @anwaribrahim @khairykj @nikabdulaziz pun takut nak amal poligami, @n_izzah... Dayus? :( http://t.co/Fiil10nm


Hakim bebas tuduhan khalwat

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa daripada tuduhan berkhalwat.
Hakim Syarie Othman Ibrahim dalam penghakimannya berkata, mahkamah terpaksa menolak tuduhan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berikutan tiada asas relevan memandangkan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, mengikut hukum syarak.

Menurutnya, berikutan pengesahan itu, mahkamah terikat dengan keputusan pengesahan berkenaan sekali gus melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan dan wang jaminan RM2,500 seorang yang dibayar dikembalikan.

Adam yang sebelum ini bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memakai batik ungu manakala Nurul memakai baju kurung kuning dan tudung merah jambu hadir ke mahkamah seawal jam 8 pagi.

Pasangan itu sempat bersarapan bersama sebelum masuk ke mahkamah yang mula bersidang pada jam 9 pagi.

Adam dan Nurul Ezani yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur didakwa melakukan perbuatan itu pada 5 Disember 2010, jam 2.05 pagi di Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri, di sini.


Adam didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Ezani didakwa mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili Ahmad Munawer Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Mohd Yusoff.

Saturday, May 12, 2012

Jcorp wat rm500 jer... 2007

Anjur kahwin jimat
Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Tidak bersedia di segi mental, kurang pengetahuan agama serta kos perkahwinan tinggi menyebabkan ramai pasangan muda tidak mampu berkahwin, sekali gus menjadi antara faktor penyumbang kahwin lari dan peningkatan kes pembuangan bayi.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) buat julung kalinya menganjurkan Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan (Proskap) membabitkan 20 pasangan pelbagai taraf kehidupan dan golongan, termasuk mualaf.


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Mohamed Nordin Ibrahim, berkata program itu bertujuan mengumpulkan pasangan di kalangan belia yang ada keinginan dan keupayaan berkahwin tetapi belum bersedia di segi material.

Menurutnya, inisiatif dilaksanakan bersama YPB harus dipuji kerana dapat mengajak masyarakat meneliti kepentingan hubungan sah kahwin dan sah nasab bagi pembentukan sebuah keluarga Muslim.


“Semua sedia maklum, pelbagai kes sejak akhir-akhir ini membabitkan kahwin lari, pembuangan bayi serta gejala tidak sihat lain meningkat setiap tahun.


“Malah, berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan indeks gejala negatif meningkat daripada 30 hingga 50 peratus sejak 2005 hingga 2011. Gejala ini termasuk wanita hilang dan lari mengikut teman lelaki,” katanya pada pemberita pada majlis Proskap di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam.

Melalui Proskap, setiap pasangan hanya membayar RM5,000 membabitkan majlis akad nikah dan resepsi yang diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.


Bayaran itu termasuk jamuan untuk 300 jemputan setiap pasangan, penginapan dua hari satu malam, penajaan dua pasang pakaian bagi majlis akad nikah dan pakej solekan.

Mohamed Nordin berkata, penganjuran program itu dapat mengelakkan pasangan bernikah di luar negara, khususnya Thailand dan Indonesia, dengan alasan kos perbelanjaan perkahwinan yang semakin tinggi.


“Daripada kajian dan pemantauan bersama Jabatan Agama Negeri, ada tiga sebab rakyat Malaysia kahwin lari di negara berkenaan iaitu poligami, hamil sebelum nikah dan wali enggan, tetapi sejak mutakhir ini kita lihat kos perbelanjaan perkahwinan tinggi turut menyumbang kepada faktor itu,” katanya.


Kakitangan swasta, Ridhwan Ibrahim, 26, berkata dia dan pasangannya, Siti Nurhafizah Muhamad Fadzil, 26, memilih pakej itu kerana berpatutan dan mereka tertarik dengan konsep bersederhana untuk majlis perkahwinan seperti disarankan ajaran Islam.


“Zaman sekarang, nak kahwin memerlukan RM10,000 ke atas. Bagi orang muda yang baru bekerja dan ada keinginan berumah tangga, tentu mengambil masa lama untuk menabung.


“Malah, ada yang terpaksa berhutang semata-mata nak buat majlis besar-besaran kerana terlalu mengikut budaya masa kini. Justeru, program ini memudahkan pasangan muda berkahwin secara sederhana seperti digalakkan Islam,” katanya.

PUTRAJAYA: Seramai 20 pasangan Islam, termasuk mualaf dan warga asing menyertai Program Selangkah ke Alam Perkahwinan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim, berkata matlamat utama program itu membantu meringankan beban kewangan pasangan remaja Islam yang mahu berkahwin.

Beliau berkata, menerusi program itu setiap pasangan suami isteri hanya dikenakan sumbangan RM5,000 bagi pakej perkahwinan termasuk kursus perkahwinan, akad nikah, logistik, majlis resepsi dan penginapan dua hari satu malam diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.
“Justeru, kita berharap program itu secara tidak langsung menggalakkan pasangan remaja melangsungkan pernikahan awal iaitu antara 25 hingga 28 tahun, sekali gus mengurangkan gejala sosial termasuk pembuangan bayi, maksiat, seks luar nikah dan kahwin lari.

“Ini penting kerana JAKIM difahamkan indeks gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia meningkat daripada 30 peratus pada 2005 kepada 50 peratus, pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis akad nikah 17 daripada 20 pasangan itu disempurnakan oleh lapan jurunikah bertauliah di Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Tiga pasangan suami isteri sudah mengadakan majlis akad nikah lebih awal turut serta dalam program julung kali anjuran JAKIM dan YPB.

Mengulas lanjut, Mohamad Nordin berkata, penganjuran program itu juga dapat mengurangkan statistik pasangan mengambil tindakan untuk berkahwin di negara jiran terutama Thailand berikutan kos perkahwinan semakin meningkat di negara ini.
Katanya, sebelum ini kajian JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) mendapati tiga faktor utama mendorong pasangan Islam ke Thailand untuk berkahwin kerana mahu berpoligami, wanita hamil anak luar nikah dan bapa enggan menjadi wali.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa agama Islam di Selatan Thailand baru-baru ini mendedahkan sekarang ramai juga pasangan berkahwin di negara itu kerana kos perkahwinan terlalu tinggi di Malaysia iaitu mencecah sehingga RM40,000,” katanya.