Wednesday, June 30, 2010
tok wa untung 11 tahun dah jimak halal...
jadikan ulat (bas) sebagai ular (ejen nikah siam)...
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
2010/07/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Akibat cuba lari, seorang ulat tiket veteran meraung kesakitan dipercayai patah pinggang apabila terjatuh dari bukit ketika sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), cuba menahannya di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil di sini, kelmarin.
MERAUNG...suspek dipercayai ulat tiket meraung kesakitan selepas terjatuh dari bukit ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa JPJ, semalam.
MERAUNG...suspek dipercayai ulat tiket meraung kesakitan selepas terjatuh dari bukit ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa JPJ, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sepasukan penguat kuasa JPJ menjalankan operasi membanteras ulat tiket dan melakukan penyamaran sebagai pelanggan yang ingin membeli tiket bas sebelum berjaya memerangkap suspek.
Difahamkan, suspek yang berusia 50 tahun didapati menjual tiket kepada seorang penguat kuasa JPJ yang menyamar dan ketika cubaan menahannya, suspek bertindak melarikan diri ke sebuah bukit berhampiran terminal sementara itu.
Sumber JPJ berkata, empat penguat kuasa JPJ bertindak mengejar mangsa sejauh beberapa meter ke seberang jalan berhadapan terminal itu, namun sebaik saja tiba di kaki bukit, suspek tiba-tiba berhenti kerana kepenatan.
“Suspek mengatakan ingin menyerah diri kerana sudah tidak larat untuk berlari lagi.
“Namun sebenarnya dia hanya berpura-pura, sebaik anggota kami menghampirinya untuk menahannya dia bertindak memanjat bukit,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek sempat melarikan diri ke puncak bukit berkenaan setinggi kira-kira 50 meter, namun tiba-tiba tergelincir dan berguling jatuh ke kaki bukit.
“Hujan lebat baru saja reda ketika itu dan keadaan permukaan bukit yang curam dan berumput itu agak licin menyebabkan suspek tergelincir.
“Suspek juga melanggar seorang anggota kami yang mengekorinya hingga menyebabkan anggota terbabit jatuh,” katanya.
Menurut sumber, suspek pengsan di kaki bukit itu selama beberapa minit dan segera diberi rawatan kecemasan sehingga sedarkan diri.
“Sebaik sedarkan diri, suspek meraung kesakitan mengatakan pinggang dan belakang badannya sakit. Lebih kurang 30 minit selepas itu bantuan ambulans tiba dan suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
sokong bung 4 ogos...
seks edu dah lama gagal sebenarnya...
2010/07/01
KUALA LUMPUR : Pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini sudah didedahkan mengenai pengetahuan seks, masing-masing sejak 1994 dan 1989 menerusi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan selain dalam subjek Pendidikan Islam.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, bagaimanapun berkata, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilakukan secara khusus melalui subjek khas, sebaliknya menerusi subjek berkenaan.
“Kita menekankan betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dan menolak hubungan seks sebelum berkahwin termasuk mengenai penyakit berkaitan seks, iaitu HIV/Aids untuk pelajar peringkat menengah manakala di sekolah rendah kita tekankan mengenai kesihatan reproduktif, sesuai dengan peringkat usia mereka.
“Kebanyakan orang tidak sedar topik mengenai pendidikan seks dan kekeluargaan adalah salah satu perkara yang diajar di sekolah,” katanya semalam.
Namun, katanya, usaha membendung salah laku seks dan pembuangan bayi tidak seharusnya menjadi tanggungjawab sekolah semata-mata atau kementerian yang berkaitan
bila nikah awal disanggah...
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/07/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Cetek pengetahuan mengenai isu semasa dan tiada maklumat berkaitan proses penempatan bayi tidak dikehendaki, menyebabkan masih ada kes ibu muda yang tidak berkahwin tergamak membuang anak yang baru dilahirkan.
Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan pengalamannya menguruskan kira-kira 3,000 gadis terlanjur di pusat berkenaan, ketiadaan maklumat menjadi penyebab utama ibu muda membuang bayi mereka.
Katanya, kebanyakan gadis terlanjur yang datang mahu mencari maklumat dengan bertanya di mana tempat untuk berlindung dan serahkan bayi, bukan sekadar menunggu masa untuk bersalin.
“Sepanjang menguruskan gadis terlanjur mereka berasa malu dan takut dikenakan hukuman jika ada menyebabkan mereka mengambil jalan mudah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kejadian di Seremban dan Rawang apabila dua bayi lelaki ditinggalkan oleh ibu mereka berhampiran tong sampah dan belakang sebuah rumah, walaupun sebuah pusat perlindungan bayi, Orphan Care ditubuhkan 25 April tahun lalu. Dalam dua kejadian itu, bayi berkenaan ditemui penduduk dalam keadaan kesejukan tetapi sihat. Kedua-duanya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Yahya berkata, beliau sendiri berusaha menghebahkan mengenai fungsi Kewaja dengan cara mengadakan ceramah di pusat pengajian tinggi dan sekolah bagi memberi kesedaran kepada remaja, selain mereka yang terdesak boleh menghubunginya di laman sosial Facebook.
Beliau berkata, ia bagi membantu gadis terlanjur daripada terus melakukan dosa dengan membuang bayi mereka tetapi pada masa sama usaha untuk memerangi gejala maksiat dan zina harus digiatkan kerajaan serta pelbagai badan bukan kerajaan.
“Ketika ini kami mempunyai 438 pasangan berdaftar yang menunggu giliran untuk mengambil anak angkat daripada penghuni yang tidak mahukan bayi mereka dan semua pasangan berdaftar itu sudah berkahwin lebih lima tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat,” katanya.
Beliau berkata, bantuan diberikan kepada gadis terlanjur juga harus disusuli dengan usaha memberi kesedaran kepada anggota masyarakat baik melalui bimbingan ataupun hukuman undang-undang.
haramkan cerita cintan di tv jugak...
4 syor cegah seks bebas
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil, Adli Shahar, Faridzwan Abdul Ghafar dan Fadzmin Alias
bhnews@bharian.com.my
2010/07/01
# Benarkan polis periksa telefon bimbit remaja elak simpan bahan lucah
# Kuat kuasa peraturan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam
# Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral
# Percepat pelaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperkenalkan segera pendidikan seks secara formal di sekolah serta memperketatkan dan menguatkuasakan undang-undang bagi membendung capaian remaja terhadap unsur-unsur pornografi sebagai langkah membanteras salah laku seks dan pembuangan bayi yang makin berleluasa.
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat berpendapat tiada kompromi untuk membendung gejala itu, sebaliknya memperkenalkan pendidikan seks di sekolah, selain pemantapan institusi keluarga, agama serta menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang.
Mereka berpendapat penemuan terbaru dua bayi lelaki di Rawang dan Seremban kelmarin membuktikan kerajaan tidak perlu bertangguh untuk menjadikan pendidikan seks sebagai antara subjek jika tidak mahu gejala ini berterusan dan merosakkan institusi kekeluargaan.
Kerajaan juga diminta mengenal pasti kaedah paling efektif menyampaikan mesej mengenai cara mengamalkan seks selamat, isu seks luar nikah, akhlak dan kesan kepada masyarakat serta penyakit berkaitan seks kepada pelajar, ibu bapa dan guru sebagai pengetahuan asas kepada golongan sasar.
Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata subjek itu perlu diperkenalkan segera kerana remaja mempunyai sifat ingin tahu dan berani mencuba berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pembacaan, tontonan video dan laman web interaktif serta perbualan rakan sebaya.
“Kita harus memberitahu pentingnya mereka mengelakkan seks sebelum nikah tetapi jika tetap mahu melakukannya, mereka perlu diberitahu mengenai seks selamat serta tindakan yang perlu diambil jika mengandung,” katanya semalam.
Selain itu, katanya, satu cara membendung masalah pembuangan bayi adalah memperkenalkan undang-undang yang melindungi individu yang menghantar bayi mereka kepada pusat penempatan atau ‘baby hatch’ dan tempat lain seperti yang diamalkan di beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat.
“Buat masa ini, individu yang meninggalkan bayi mereka tanpa dokumen di tempat selamat dianggap melakukan jenayah yang menyebabkan lebih ramai membuang saja anak mereka,” katanya.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohd Sobri Mohamad Arsad, berkata pendidikan seks boleh dilaksanakan melalui sesi kokurikulum kerana negara masih belum memiliki guru berkemahiran dalam bidang berkenaan, di samping tidak mahu memberi bebanan tambahan kepada guru.
“Kita tidak menolak jika kerajaan mahu melaksanakan subjek ini, tetapi biarlah dilaksanakan apabila kita mempunyai guru terlatih dalam bidang pendidikan seks dan pada masa yang sama, kita mahu mengelakkan pelajar dan ibu bapa mendapat menerima mesej salah mengenai pembelajaran ini.” katanya.
Presiden Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, mencadangkan kerajaan memperketatkan penguatkuasaan dan pemantauan lebih kerap di kafe siber dan kedai menjual alat telekomunikasi kerana kebanyakan bahan lucah mudah diperoleh di situ.
“Selain itu, kerajaan perlu menggubal undang-undang supaya remaja 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar daripada kediaman selepas jam 12 malam.” katanya.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Maliki Mohd Rapiee, berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab memeriksa gajet milik anak mereka supaya tiada sebarang kandungan pornografi yang boleh menimbulkan kecenderungan untuk melakukan seks tanpa nikah.
“Orang ramai tidak boleh bergantung kepada agensi penguatkuasaan saja untuk melakukan pemeriksaan terhadap gajet yang jumlahnya banyak di negara ini.” katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata walaupun pendidikan seks di sekolah bukan jawapan kepada usaha membendung gejala seks rambang dan pembuangan bayi, fungsi institusi kekeluargaan terutama ibu bapa dan penerapan agama adalah cara terbaik mengatasinya.
Beliau berpendapat subjek itu sebagai pelengkap kepada ilmu pendidikan seks bersama ilmu agama yang sepatutnya diajar ibu bapa di rumah bagi memperkasa diri remaja daripada terbabit dan terjebak dalam salah laku seks.
“Pendidikan seks tanpa penerapan nilai agama akan mengundang kesan negatif kepada pelajar kerana mereka lebih cenderung mencubanya apabila diberi pendedahan secara teknikal dalam kelas,” katanya
gara2 anti nikah walau di overseas...
2 babies found abandoned
By Kalbana Perimbanayagam and Patrick Sennyah
news@nst.com.my
One baby was left in the yard of a house in Taman Mawar, Rawang, while the other was left on top of a rubbish bin outside a house in Taman Sri Pulai 3 in Sikamat, Seremban.
In the first case, the house owner in Rawang was walking out to dispose of rubbish at about 9.30am when she spotted a bundle in her yard.
She then heard a baby crying and contacted police.
Initial investigations showed that the baby boy, who was wrapped in a piece of cloth, was less than a day old.
“His umbilical cord was still attached. We believe that the baby was delivered just a few hours before he was found,” said Gombak police chief Assistant Commissioner Abdul Rahim Abdullah.
Several hours later, police arrested an 18-year-old girl in the neighbourhood.
“The suspect was arrested at her aunt’s house not far from where the baby was abandoned.
“We believe she gave birth at her aunt’s house.
“Checks also showed that the suspect, from Taman Puchong Permai, moved in with her aunt several months ago to hide her pregnancy from her immediate family.”
Rahim said the aunt would also be picked up to facilitate investigations, adding that she could be charged with abetment.
The suspect and the newborn have been warded at the Selayang Hospital.
In Seremban, a baby boy was found shivering on top of a dustbin during a drizzle yesterday evening.
The baby, with mittens in his hands and fully clothed, was placed on several sheets of newspaper on top of the dustbin.
He was found by a garbage contractor about 4.20pm when they were on their rounds to collect garbage in the neighbourhood.
Garbage truck driver, Maideen Machapu, 42, said a Nepalese worker opened the waste disposal compartment at a house and suddenly came running to him.
“I followed the worker and was shocked to see a baby on top of the closed dustbin in the compartment.
“I thought the baby had died, but then saw his hands moving.
“He was also shivering as it was raining. I then called the house owner.”
The house owner, identified as Ng Ah Moy, 68, later told police she did not know how the baby got there.
Seremban police chief ACP Saiful Azly Kamaruddin said an Indonesian woman in her early 20s had been detained to assist in the investigations.
Read more: 2 babies found abandoned http://www.nst.com.my/nst/articles/Twobabiesfoundabandoned_twowomenarrested/Article#ixzz0sJxkyps7
orang malaysia boleh tak? hehe... baru lah global!
2010/06/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RIYADH: Akhbar harian Arab Saudi, Al Yaum melaporkan seorang wanita meminta bantuan media cetak berkenaan untuk mengahwinkan enam anak perempuannya yang cantik jelita, berpendidikan tinggi dan berharta.
“Pemuda daripada kalangan saudara-mara dan jiran tetangga tidak mengenali mereka. Saya sedia mengahwinkan keenam-enam anak saya melalui perkahwinan misyar jika itu jalan terbaik untuk menamatkan zaman gadis mereka,” kata wanita terbabit.
Perkahwinan misyar dilakukan berdasarkan prosedur kontrak apabila suami isteri diberi hak tertentu melalui persetujuan bersama, contohnya, si isteri diberi hak untuk menguruskan kerja rumah tangga dan kewangan. Akhbar Al Yaum yang diterbitkan di Dammam, di wilayah timur Saudi melaporkan wanita terbabit mengatakan: “Saya harap dapat mencari pemuda Saudi yang baik menerusi orang tengah untuk dikahwinkan dengan enam anak perempuan saya.” “Suami saya tidak akan mengenakan wang hantaran terhadap mana-mana calon yang berminat mengahwini anak saya. Malah, dia akan membantu bakal menantu kami itu sekiranya pemuda berkenaan komited dan berhemah. - Agensi
tau takut! kasihan... tak kena tangkap pulak sebab berzina?
2010/06/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 10 lelaki sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah ladang kelapa sawit, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, remaja berusia 18 tahun dari sebuah kampung di sini, pada mulanya dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya berusia 20-an dengan motosikal.
Sumber berkata, remaja itu dibawa sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belum Baru dan mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu.
“Bagaimanapun, selepas masing-masing keletihan dan berehat di bawah pokok kelapa sawit, tiba-tiba datang 10 lelaki dengan beberapa motosikal dan cuba merogol remaja itu.
“Disebabkan ketakutan kerana melihat ramai lelaki cuba merogolnya, mangsa meronta dan melarikan diri dengan mencapai seluar dan telefon bimbitnya,” katanya.
Katanya, mangsa hanya sempat memakai seluarnya ketika lari menyelamatkan diri dengan berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer sebelum menghubungi talian 999.
Menurut sumber, 10 minit kemudian, sepasukan anggota polis tiba dan menyelamatkan remaja itu daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian sebelum dibawa ke Hospital Gerik (HG) dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
“Mangsa mengaku kenal teman lelakinya sebulan lalu dan kali pertama melakukan hubungan seks,” katanya.
Tuesday, June 29, 2010
Sunday, June 27, 2010
wajib nikah...
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/06/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang gagal menahan nafsu selepas melihat wanita idamannya berkemban bertindak merogolnya, pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berusia awal 20-an yang bekerja sebagai ‘bouncer’ di sebuah pusat hiburan di sini, sering mengekori mangsa kerana dia dikatakan ‘jatuh cinta’ dengan wanita terbabit yang berusia 48 tahun, namun tidak berani meluahkan perasaannya.
Mangsa mendakwa menyedari dirinya sering diperhatikan selain diekori lebih enam bulan lalu, namun tidak dapat mengenal pasti individu bertanggungjawab.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi di sebuah rumah kedai dua tingkat di SS15 di sini, suspek yang sudah tidak dapat menahan gelora nafsu menunjukkan diri sebelum merogol wanita berkenaan.
Menurut sumber, suspek mengetuk pintu rumah mangsa sebelum wanita itu yang berkemban membuka pintu.
“Ketika itu, mangsa mendakwa mahu mandi sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.
“Dia yang menyangkakan rakan serumahnya pulang dari bekerja tanpa ragu-ragu membuka pintu sebelum terkejut melihat lelaki tidak dikenali,” katanya.
Sumber berkata, mangsa cuba menutup semula pintu, namun suspek meluru masuk sebelum menarik mangsa ke dalam bilik.
Difahamkan, pada mulanya suspek pergi ke rumah ‘pujaan hatinya’ itu untuk meluahkan perasaannya, namun berubah fikiran selepas melihat wanita berkenaan berkemban.
Sumber berkata, suspek kemudian menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke katil sebelum merogolnya.
“Selepas melempiaskan nafsunya, suspek melarikan diri manakala mangsa turun untuk mendapatkan bantuan.
“Wanita terbabit kemudian terserempak dengan pengawal keselamatan sebelum memberitahu kejadian menimpanya.
“Pengawal keselamatan itu kemudian menghubungi polis melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.
Difahamkan, beberapa anggota polis yang sedang meronda di kawasan berkenaan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
Sumber berkata, anggota polis terbabit mahu membawa mangsa ke Balai Polis Subang Jaya di sini, untuk membuat laporan polis.
“Bagaimanapun, mangsa mendakwa mahu kembali ke rumahnya untuk mendapatkan dompetnya yang tertinggal,” katanya.
Sumber berkata, ketika kembali ke rumahnya, mangsa terserempak dengan suspek sebelum menjerit meminta pertolongan.
Difahamkan, suspek bersembunyi di tingkat atas bangunan kedai berkenaan dan kembali semula ke rumah wanita terbabit dipercayai mahu merogolnya semula.
Sumber berkata, suspek yang terkejut dengan jeritan mangsa kemudian cuba melarikan diri namun ditahan.
“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Difahamkan, pihak berkuasa sedang menyiasat motif dan berapa lama lelaki terbabit sudah mengekori mangsa,” katanya.
Difahamkan, suspek akan direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
nasihat berguna...
2010/06/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Setiap orang Islam termasuk isteri yang bermadu perlu ingat dunia ini tidak kekal, maka mereka perlu reda dan belajar berkongsi suami kerana pasangan hidup mereka itu boleh diambil semula Allah pada bila-bila masa.
“Selagi mereka tidak sedar perkahwinan itu adalah hadiah daripada Allah, selagi itulah masih ada isteri berhasad dengki sesama madu mereka hanya kerana berebutkan kasih sayang suami,” kata Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, hanya mereka yang hidupnya tidak berpegang kepada keyakinan terhadap Allah, sanggup melakukan apa saja termasuk mengamalkan perbuatan syirik semata-mata memuaskan perasaan tamak dan nafsu masing-masing.
Katanya, orang yang menggunakan ilmu hitam bagi mencapai hajatnya sebenarnya tidak yakin bahawa segala keputusan berkaitan kehidupan manusia ditentukan Allah, selain menganggap diri sendiri lebih berkuasa daripada segala-galanya.
“Selain itu, suami menjadi antara punca utama jika isteri berkelakuan seumpama itu kerana ia menunjukkan suami gagal berlaku adil, selain tidak mampu membimbing isteri sehingga mereka bermusuhan.
“Ini menunjukkan suami sendiri tidak mengikut perintah Allah dan berkahwin atas dasar nafsu sehingga menzalimi diri sendiri serta isterinya,” katanya.
Dr Robiah berkata, setiap insan perlu ingat bahawa sesiapa memusnahkan hidup orang lain, mereka juga menerima nasib yang sama. Katanya, isteri perlu bersikap berdikari dari segi harapan dan jangan terlalu bergantung pada suami tetapi meletakkan harapan pada Allah kerana Tuhan menentukan segala-galanya sedangkan suami tidak kekal.
“Bagi isteri yang rasa dirinya teraniaya pula, mereka jangan cepat melatah dan membuat tuduhan melulu atau percaya kepada ramalan bomoh kerana belum sahih lagi mereka disihir madu.
“Mungkin mereka memang menghidap sejenis penyakit, jadi janganlah terlalu cepat menuding jari, sebaliknya ambil pendekatan bersihkan hati, cari rawatan sesuai dan pasrah serta tanam keyakinan yang tinggi pada Allah,” katanya.
Metro Ahad semalam melaporkan seorang isteri muda dikenali Rafidah mendakwa dia disihir madu kerana mengalami perkara ganjil seperti badannya mengeluarkan bau busuk yang memualkan setiap kali ingin menjalin hubungan intim dengan suami.
kasihan...
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
2010/06/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JITRA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dicekup berkhalwat dengan pengawal keselamatan di surau Hospital Jitra (HJ), di sini, awal pagi Jumaat lalu ketika kedua-duanya nyenyak tidur.
Remaja itu yang sepatutnya berada di sisi bapa tirinya yang nazak di dalam wad hospital berkenaan dikatakan mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan buah hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.
Bapa tirinya itu dimasukkan ke HJ kerana menghidap tibi sejak sebulan lalu untuk mendapatkan rawatan berikutan penyakitnya semakin kritikal.
Difahamkan, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu pula baru bertugas di HJ sejak Februari lalu dan mengambil kesempatan menggunakan surau itu untuk mengelak perbuatannya dikesan. Menurut sumber, pasangan itu dicekup jam 1.30 pagi oleh beberapa pengawal keselamatan lain selepas orang awam yang hendak menunaikan solat musafir di surau itu, hairan apabila mendapati pintunya berkunci dari dalam.
“Surau dibuka 24 jam untuk memudahkan ahli keluarga pesakit yang datang ke situ menunaikan solat, jadi apabila pintunya berkunci, pengadu terbabit memaklumkan kepada pengawal keselamatan lain yang berada di situ untuk membukanya.
“Mereka kemudian mengintai melalui cermin di pintu belakang surau itu dan terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan terbabit yang masih berpakaian kerja tidur bersebelahan remaja perempuan itu dan mengesyaki mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan dan terus menghubungi Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk menahan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, pasangan itu masih nyenyak tidur dalam surau dan terkejut apabila mendapati orang ramai berada di situ sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan lanjut.
Menurut sumber, pasangan itu memberi alasan hanya tumpang tidur di surau itu dan mendakwa tidak melakukan apa-apa.
Pengawal keselamatan yang masih bujang itu berasal dari Alor Setar, manakala remaja perempuan berkenaan berasal dari daerah ini dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.
Sumber berkata, ketika ditahan, pasangan itu berpakaian lengkap dan pengawal keselamatan itu sepatutnya bertugas dalam pondok pengawal yang terletak kira-kira 100 meter dari surau.
“Remaja perempuan berkenaan pula dikatakan bergilir-gilir dengan ibunya untuk menjaga bapa tirinya dan diamanahkan menjaga bapanya itu pada waktu malam, manakala pada petang dia membantu ibunya berniaga.
“Dia yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini mengambil cuti sebulan untuk menjaga bapa tirinya itu, tetapi mengambil kesempatan melakukan maksiat bersama pengawal keselamatan terbabit,” katanya.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
memang benar... hidop nenek! mati remaja?
2010/06/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SONGKHLA (Selatan Thailand): Pepatah cinta tidak mengenal usia mendorong seorang nenek berusia 60 tahun berkahwin dengan pasangannya berusia 40 tahun di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla (Mais) kerana tidak mendapat restu keluarga masing-masing.
Urusan pernikahan tidak terlalu rumit kerana pasangan tidak perlu membawa wali, sijil keizinan berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas daripada HIV atau Aids dan juga wang hantaran, pasangan dari Malaysia bebas berkahwin di negara jiran dengan bayaran serendah RM450 untuk urusan lengkap.
Berikutan terlalu mudah berkahwin di negara jiran terutama di Selatan Thailand, ramai pasangan termasuk selebriti dan berstatus elit yang ingin berkahwin lagi membuat keputusan berkahwin di situ.
Yang Dipertua Mais merangkap Kadi Syarie Wilayah Songkhla, Zakaria Saleh, berkata dianggarkan kira-kira 100 pasangan Malaysia bernikah setiap bulan di selatan Thailand, iaitu paling tinggi berbanding pasangan negara jiran lain.
“Ada satu kes seorang wanita berusia 60 tahun bernikah dengan pasangannya berusia 40 tahun kerana lebih mudah dan tidak diketahui umum dan ada juga pasangan bernikah seawal usia 20-an kerana cinta terhalang akibat hubungan tidak direstui keluarga,” katanya.
Zakaria berkata, pihaknya tiada halangan menikahkan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga, tetapi perlu memenuhi syarat ditetapkan, mempunyai dokumen diperlukan serta tidak menggunakan ejen sindiket nikah palsu yang dilaporkan banyak berlaku kebelakangan ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak sewenang-wenangnya menikahkan setiap pasangan kerana mahu melihat dokumen pasangan masing-masing kerana sijil nikah dikeluarkan perlu diserah kepada pejabat konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan.
“Pasangan terbabit perlu membawa surat nikah Thailand, surat pengesahan Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan salinan kad pengenalan pasangan suami isteri bagi mendapatkan surat pengesahan konsulat.
“Surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, pihaknya menerima 1,321 permohonan rakyat Malaysia yang berkahwin di situ.
“Daripada jumlah itu, pasangan Malaysia yang berkahwin sesama negara ialah 999 permohonan, pasangan Malaysia-Thailand (186), Malaysia-Indonesia (19), Malaysia-Pakistan (18), Malaysia-Bangladesh (dua permohonan).
“Statistik perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia sejak tahun lalu ialah 2,172 permohonan; 2008 (2,342); 2007 (1,944); 2006 (845); 2005 (314); 2004 (55); 2003 (98); 2002 (67) dan 2001, 73 permohonan pengesahan pernikahan,” katanya.
Menurutnya, surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan terbabit untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing.
“Pendaftaran ini perlu bagi memastikan setiap pihak terbabit mendapat hak seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia,” katanya.