Trend baru poligami
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kehidupan poligami ‘positif’ semakin mendapat perhatian masyarakat Islam tempatan, malah menjadi pilihan wanita muda berpendidikan tinggi yang sanggup menjadi isteri kedua atau ketiga kepada pasangan yang sudah berkeluarga.
Kaunselor Perkahwinan Berdaftar, Hushim Salleh, berkata beliau melihat perkembangan itu sebagai trend terkini masyarakat muda sekarang, malah rumusan itu dibuat bersandarkan kes kendaliannya kebelakangan ini, membabitkan wanita yang belum berkahwin.
“Kalau dulu ramai melihat poligami sebagai suatu yang negatif, tetapi kini berubah apabila ramai wanita muda yang melihatnya dalam sudut pandangan berbeza, apabila mereka mahukan keadilan, kasih sayang dan suami yang lebih memahami dan penyabar.
“Kualiti itu tidak ada dalam lelaki muda sekarang. Itu realitinya kerana dunia dilimpahi ramai wanita berpendidikan dan berkualiti, sedangkan kurangnya lelaki begitu, jadi atas faktor terbabit mereka (wanita muda) memilih poligami ‘positif’.
“Positif yang membawa maksud kehidupan bermadu yang cukup baik, saling melengkapi, penuh kasih sayang dan suami bijak melayan kerenah isterinya seperti diamalkan Pok Mat Lewa,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai Pok Mat Lewa atau nama sebenarnya Muhamed Yunus, 58, yang hidup harmoni bersama tiga isteri, malah rumah mereka didirikan secara bersebelahan.
Menurut ketiga-tiga isterinya, sikap Muhamed yang penyabar dan penyayang terutama melayan kerenah mereka serta 15 anak membuatkan mereka jatuh hati selain jarang meninggi suara, sebaliknya menegur berhemah jika ada kesilapan. Hushim berkata, kesanggupan Muhamed menjalani kehidupan yang jarang dapat disempurnakan lelaki lain boleh dianggap luar biasa dan dia seorang yang hebat kerana boleh mengendali semua isteri untuk hidup dalam pemuafakatan.
“Mungkin ada suami seperti Muhamed, tetapi tidak ramai dan wanita seperti tiga isterinya juga amat terhad. Perlu mencontohi mereka sekiranya anda memilih untuk mengamalkan kehidupan berpoligami.
“Saya percaya wanita muda berpendidikan lebih terbuka dalam soal ini, namun rata-rata isteri tua sukar untuk menerima keadaan itu menyebabkan ada suami tidak berani menyatakan hasrat berpoligami atau memilih berkahwin senyap-senyap.
“Untuk menjaga perempuan tidak susah, yang penting beri mereka keadilan bukan sekadar nafkah zahir dan batin, tetapi kasih sayang. Ini cabarannya dan trend poligami itu sudah ada, cuma penerimaan wanita masih sulit lebih-lebih lagi isteri tua,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/26
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Pedihnya beracun lak? ;) zina!
http://www.hmetro.com.my/articles/TenanglihatPokMatLewa/Article
Tenang lihat Pok Mat Lewa
Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
BAHAGIA...Muhamed bersama dua isteri, Ani (depan kanan), Siti Aisyah (belakang) serta tiga anak, Mohd Khairi Safari (kiri belakang), Nadia dan Khairul Azwa.
MAHLIGAI...rumah Asiah dan Ani berdekatan rumah Siti Aisyah (kanan) di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli.
PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.
Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.
Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.
“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.

Sunday, July 1, 2012
ALI setan the movie...
@mal_israel: Saat tipah tertipu (TT) #badluckmalay since merdeka, semakin ramai jadi kelab TT gara2 pengaruh jew yang AMAT hebat :-( http://t.co/GWd9NWAp
Subscribe to:
Posts (Atom)