... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Sunday, March 13, 2011

jambatan putrajaya mengadap picc ADALAH lembah maksiat...

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8862072.asp

Friday, March 11, 2011

di mana?

Ijtima’ Mufti akhir Mac


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IJTIMA’ Mufti dan Ahli Majlis Fatwa Seluruh Negara dan Persidangan Mufti Negara Asean yang bakal diadakan buat julung kali pada akhir bulan ini dan Jun depan bertujuan memantapkan sistem pengurusan hal ehwal kefatwaan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Persidangan Mufti Negara Asean itu pada Jun ini dengan objektif mengukuhkan jaringan lestari yang strategik antara institusi fatwa di negara Asean.


“Selain itu, kami mahu mewujudkan perkongsian pintar dan dialog intelek dengan mufti serta ilmuan daripada institusi fatwa dalam dan luar negara ke arah membina institusi kefatwaan yang berwibawa dan berwawasan.

“Pada masa sama, kami dapat bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu semasa yang membabitkan umat Islam di seluruh negara dan dunia ke arah mewujudkan perpaduan yang mantap di kalangan umat Islam,” katanya ketika menjawab soalan Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.


Jamil Khir berkata, ijtima’ mufti yang dijangka diadakan akhir bulan ini bertujuan mewujudkan medium perbincangan dan percambahan fikrah yang menyeluruh dengan mufti dan semua ahli jawatankuasa fatwa di negara ini.

Sunday, March 6, 2011

anti islam (konsep poligami) lah lagi... anyway hmetro kantoi sebab bekas laki tak masuk jail gara2 rogoi dulu! haha... p matilah akhbar BN?

'Bermadu' anak sendiri

Oleh Hadzlihady Hassan dan Noozleyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya kepada wartawan Harian Metro.
KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya kepada wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.


“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.


Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.

Friday, March 4, 2011

menakjubkan bila KAPIR pulak leh terima kehidupan berPOLIGAMI berbanding KONONNYA yang tak malu mengaku muslim padahal bangsat nak mampos ngalahkan...

Dua kekasih anggap Sheen amal poligami


2011/03/04

Brooke Mueller (kiri) dan   Charlie Sheen.
Brooke Mueller (kiri) dan Charlie Sheen.
Rahsia dalam selimut aktor rancangan komedi Amerika bocor

LONDON: Dua teman wanita aktor Amerika Syarikat yang bermasalah, Charlie Sheen, mendedahkan mengenai kehidupan baru mereka yang luar biasa.
Bintang filem dewasa, Bree Olson yang juga dikenali sebagai Rachel Oberlin dan bekas pengasuh, Natalie Kenly, kedua-duanya dilaporkan berpindah ke rumah mewah milik bintang siri Two And A Half Men di Los Angeles dalam satu keadaan yang disifatkan Sheen sebagai satu ‘cerita poligami’.
“Kami lakukan apa saja yang Charlie mahu kami lakukan,” lapor akhbar Daily Mail yang memetik Olson sebagai berkata kepada New York Post.

“Ini gaya hidup yang sentiasa saya mahukan dan saya berasa seronok dengannya,” kata wanita terbabit.

Ketiga mereka merujuk diri sebagai ‘the wedge’ iaitu takrif yang diambil daripada sukan bola sepak Amerika. Dalam NFL, frasa berkenaan digunakan untuk menerangkan dua atau lebih pemain berlaga bahu ke bahu.

“Semua ketiga kami dalam satu hubungan dan jika Charlie mahukan keluar daripada ‘the wedge” dan bertindak mengikut keinginan seksual sendiri, saya dan Natty tidak kisah,” kata bintang filem lucah berkenaan.
“Saya juga tidak melihat sebarang masalah dengan keinginan dan berkelakuan di luar keinginan seks jika pasangan anda tidak kisah mengenainya,” katanya.

Kenly pula mendapat pendidikan sebagai seorang guru tadika tetapi kini bekerja di bahagian perubatan marijuana menambah: “Katil kami terlalu besar untuk kami bertiga dan kami bergilir tidur di tengah. Rachel dan saya tidak pernah rasa cemburu dan apabila Charlie sibuk, saya ada seseorang untuk bersama.”

Mengulas perkara itu, Sheen memberitahu majalah People: “Semua lelaki sanggup membunuh untuk rasai keadaan itu. Kehendak semua pihak dipenuhi.”

Sementara itu, Sheen terpaksa menyerahkan hak penjagaan anaknya selepas bekas isterinya, Brooke Mueller mendapat satu arahan tidak mendekati mereka.

Seorang hakim mahkamah Los Angeles memberikan arahan sekatan itu kepada Mueller berdasarkan dakwaan baru-baru ini bahawa Sheen melakukan penderaan secara fizikal dan lisan terhadap Mueller. – Agensi

Tuesday, March 1, 2011

kahwin lari lah, arab ngok...

Bakar diri bapa tak izin kahwin

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JEDDAH: Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NSHR) di Jazan cuba meyakinkan seorang lelaki supaya mengizinkan anak perempuannya, 30, berkahwin.

Pengerusi NSHR wilayah Jazan, Ahmad Al-Bahkali berkata, lelaki itu tidak berhak menghalang anak perempuannya berkahwin.


Menurutnya, tindakan lelaki itu yang enggan membenarkan anak perempuannya berkahwin menyebabkan wanita terbabit pernah cuba membunuh diri. Dia pernah membakar dirinya, menyebabkan dia cedera parah selepas bapanya menolak lamaran dua jejaka.

Ahmad berkata, NSHR terpaksa membawa kes itu ke mahkamah sekiranya lelaki berkenaan enggan bekerjasama. Beberapa dermawan juga bersetuju menanggung pembiayaan perkahwinan supaya lelaki terbabit membenarkan anaknya berkahwin tetapi tawaran itu ditolak. - AN