... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Thursday, May 17, 2012

Dah nama pun madu bukannya racun... Murtad je jika anti islam @poligami? Lolz!

@mal_israel: Cayolah hakim ni! @najibrazak @anwaribrahim @khairykj @nikabdulaziz pun takut nak amal poligami, @n_izzah... Dayus? :( http://t.co/Fiil10nm


Hakim bebas tuduhan khalwat

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa daripada tuduhan berkhalwat.
Hakim Syarie Othman Ibrahim dalam penghakimannya berkata, mahkamah terpaksa menolak tuduhan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berikutan tiada asas relevan memandangkan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, mengikut hukum syarak.

Menurutnya, berikutan pengesahan itu, mahkamah terikat dengan keputusan pengesahan berkenaan sekali gus melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan dan wang jaminan RM2,500 seorang yang dibayar dikembalikan.

Adam yang sebelum ini bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memakai batik ungu manakala Nurul memakai baju kurung kuning dan tudung merah jambu hadir ke mahkamah seawal jam 8 pagi.

Pasangan itu sempat bersarapan bersama sebelum masuk ke mahkamah yang mula bersidang pada jam 9 pagi.

Adam dan Nurul Ezani yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur didakwa melakukan perbuatan itu pada 5 Disember 2010, jam 2.05 pagi di Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri, di sini.


Adam didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Ezani didakwa mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili Ahmad Munawer Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Mohd Yusoff.

Saturday, May 12, 2012

Jcorp wat rm500 jer... 2007

Anjur kahwin jimat
Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Tidak bersedia di segi mental, kurang pengetahuan agama serta kos perkahwinan tinggi menyebabkan ramai pasangan muda tidak mampu berkahwin, sekali gus menjadi antara faktor penyumbang kahwin lari dan peningkatan kes pembuangan bayi.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) buat julung kalinya menganjurkan Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan (Proskap) membabitkan 20 pasangan pelbagai taraf kehidupan dan golongan, termasuk mualaf.


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Mohamed Nordin Ibrahim, berkata program itu bertujuan mengumpulkan pasangan di kalangan belia yang ada keinginan dan keupayaan berkahwin tetapi belum bersedia di segi material.

Menurutnya, inisiatif dilaksanakan bersama YPB harus dipuji kerana dapat mengajak masyarakat meneliti kepentingan hubungan sah kahwin dan sah nasab bagi pembentukan sebuah keluarga Muslim.


“Semua sedia maklum, pelbagai kes sejak akhir-akhir ini membabitkan kahwin lari, pembuangan bayi serta gejala tidak sihat lain meningkat setiap tahun.


“Malah, berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan indeks gejala negatif meningkat daripada 30 hingga 50 peratus sejak 2005 hingga 2011. Gejala ini termasuk wanita hilang dan lari mengikut teman lelaki,” katanya pada pemberita pada majlis Proskap di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam.

Melalui Proskap, setiap pasangan hanya membayar RM5,000 membabitkan majlis akad nikah dan resepsi yang diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.


Bayaran itu termasuk jamuan untuk 300 jemputan setiap pasangan, penginapan dua hari satu malam, penajaan dua pasang pakaian bagi majlis akad nikah dan pakej solekan.

Mohamed Nordin berkata, penganjuran program itu dapat mengelakkan pasangan bernikah di luar negara, khususnya Thailand dan Indonesia, dengan alasan kos perbelanjaan perkahwinan yang semakin tinggi.


“Daripada kajian dan pemantauan bersama Jabatan Agama Negeri, ada tiga sebab rakyat Malaysia kahwin lari di negara berkenaan iaitu poligami, hamil sebelum nikah dan wali enggan, tetapi sejak mutakhir ini kita lihat kos perbelanjaan perkahwinan tinggi turut menyumbang kepada faktor itu,” katanya.


Kakitangan swasta, Ridhwan Ibrahim, 26, berkata dia dan pasangannya, Siti Nurhafizah Muhamad Fadzil, 26, memilih pakej itu kerana berpatutan dan mereka tertarik dengan konsep bersederhana untuk majlis perkahwinan seperti disarankan ajaran Islam.


“Zaman sekarang, nak kahwin memerlukan RM10,000 ke atas. Bagi orang muda yang baru bekerja dan ada keinginan berumah tangga, tentu mengambil masa lama untuk menabung.


“Malah, ada yang terpaksa berhutang semata-mata nak buat majlis besar-besaran kerana terlalu mengikut budaya masa kini. Justeru, program ini memudahkan pasangan muda berkahwin secara sederhana seperti digalakkan Islam,” katanya.

PUTRAJAYA: Seramai 20 pasangan Islam, termasuk mualaf dan warga asing menyertai Program Selangkah ke Alam Perkahwinan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim, berkata matlamat utama program itu membantu meringankan beban kewangan pasangan remaja Islam yang mahu berkahwin.

Beliau berkata, menerusi program itu setiap pasangan suami isteri hanya dikenakan sumbangan RM5,000 bagi pakej perkahwinan termasuk kursus perkahwinan, akad nikah, logistik, majlis resepsi dan penginapan dua hari satu malam diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.
“Justeru, kita berharap program itu secara tidak langsung menggalakkan pasangan remaja melangsungkan pernikahan awal iaitu antara 25 hingga 28 tahun, sekali gus mengurangkan gejala sosial termasuk pembuangan bayi, maksiat, seks luar nikah dan kahwin lari.

“Ini penting kerana JAKIM difahamkan indeks gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia meningkat daripada 30 peratus pada 2005 kepada 50 peratus, pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis akad nikah 17 daripada 20 pasangan itu disempurnakan oleh lapan jurunikah bertauliah di Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Tiga pasangan suami isteri sudah mengadakan majlis akad nikah lebih awal turut serta dalam program julung kali anjuran JAKIM dan YPB.

Mengulas lanjut, Mohamad Nordin berkata, penganjuran program itu juga dapat mengurangkan statistik pasangan mengambil tindakan untuk berkahwin di negara jiran terutama Thailand berikutan kos perkahwinan semakin meningkat di negara ini.
Katanya, sebelum ini kajian JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) mendapati tiga faktor utama mendorong pasangan Islam ke Thailand untuk berkahwin kerana mahu berpoligami, wanita hamil anak luar nikah dan bapa enggan menjadi wali.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa agama Islam di Selatan Thailand baru-baru ini mendedahkan sekarang ramai juga pasangan berkahwin di negara itu kerana kos perkahwinan terlalu tinggi di Malaysia iaitu mencecah sehingga RM40,000,” katanya.

Wednesday, April 4, 2012

gara2 ilmu tiada di dada, suami jadi bodoh bila cerai bini talak 3. padahal 4 lebih banyak + jatuh 1 jua. patut INDIA BELIAK bukan CINA BUTA sebab...

... masih ramai lagi andartu di luar sana yang belum pernah ada anak HALAL & merasai nikmat jimak yang SAH


Sebulan bersama syarat cina buta

Oleh Mary Victoria Dass, Mahaizura Abd Malik dan Mohd Fahd Rahmat
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.
BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.

JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.


Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.


Thursday, March 8, 2012

syabas mELAKA dah tak cELAKA...

syabas mELAKA dah tak cELAKA, wahai DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM ... namun sekor jer ambik perluang dapat rm500 nih. better remaja wanita nikah dengan dewasa lelaki instead of dua2 masih budak2

Thursday, February 23, 2012

islam ORI dah saran agar nikah dipercepatkan, to-LOL...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitamangsapakar__8216_ayat__8217_/Article/index_html

Wednesday, February 15, 2012

realitinya... klik imej.



rata2 yang kena tebuk tupai la ni adalah mereka yang bertudung, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) / Pertubuhan IKRAM Malaysia / Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)... apa yang penting, permudahkanlah nikah.

realitinya...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm rata2 yang kena tebuk tupai la ni adalah mereka yang bertudung, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) / Pertubuhan IKRAM Malaysia / Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)... apa yang penting, permudahkanlah nikah.