moe / kpm:
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada kes tuan/puan.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menerima aduan tuan mengenai 'staf SK Putrajaya Presint 9(1) cerita yang anak nikah siam akan didiskriminasikan'. Hasil yang dikehendaki oleh pihak tuan adalah 'tidak perlu ada surat nikah untuk masuk SK dan Prasekolah'.
3. Syarat kemasukan murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah menetapkan:

i. Murid warganegara Malaysia sahaja
ii. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada hari pertama bulan Januari pada tahun persekolahan semasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak genap umur pada tarikh tersebut juga boleh diterima tetapi hanya untuk mereka yang lahir selewat-lewatnya pada 15 Januari.
iii. Keutamaan pemilihan berdasarkan:
- Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas
- Merit pendapatan ibu bapa/ penjaga di bawah garis kemiskinan dan tahap pendapatan perkapita keluarga daripada rendah ke tinggi.
4. Berdasarkan syarat yang dinyatakan di para 3, jika anak tuan memenuhi syarat tersebut maka pihak tuan boleh memohon kemasukan ke Prasekolah KPM.
5. Manakala syarat penerimaan murid warganegara ke sekolah berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998, subperaturan 4(2) Ibu bapa hendaklah mengemukakan yang berikut semasa pendaftaran penerimaan masuk murid ke sekolah:

(a) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah;
(b) kad pengenalan asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah; atau
(c) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan.
(b) kad pengenalan asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah; atau
(c) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah menengah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan.
6. Berdasar syarat yang dinyatakan di para 5, murid Warganegara Malaysia boleh mendaftar di mana-mana sekolah kebangsaan dan penempatan murid ke sekolah yang diluluskan akan dimaklumkan kepada ibu bapa.
7. Bagi murid Bukan Warganegara seperti yang tercatat dalam surat beranak, syarat kemasukan adalah berbeza dan ibu bapa hendaklah mendaftar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat permohonan kemasukan sekolah sekurang-kurangnya 2 bulan awal sebelum sesi persekolahan bermula. Pihak tuan boleh berhubung terus dengan Pn. Haznita Husin di Jabatan bagi urusan tersebut.
8. Pihak sekolah memerlukan surat nikah ibu bapa; atau surat perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah; atau surat daftar anak angkat bagi memastikan murid tersebut dibawah penjagaan ibu bapa/ penjaga.
9. Sehubungan itu, kes ini dianggap selesai sekiranya tiada maklum balas tambahan diterima daripada pihak tuan/puan dalam tempoh 5 hari bekerja. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Haznita Husin di talian 03-88903070 atau Hotline KPKPM di talian 03 7723 7070.
jp wp pj:
Selamat sejahtera,
1. Surat nikah memang diperlukan semasa pendaftaran anak dan dinyatakan dalam senarai dokumen yang diperlukan dalam pendaftaran anak. Ini sangat penting apabila timbul isu perebutan anak.
2. Surat nikah siam atau mana-mana surat nikah dari negara luar adalah diterima asalkan ia berdaftar.
Sekian, terima kasih
aku:
slmt sjhtera kembali

ok
but how yg ada sjl nkh luar negara tp cuma disahkan ianya benar oleh konsulat/kedutaan?
sbb jpn (mykid) + jpa (bg cuti bersln bergaji) hanya perlukan surat pengesahan daripada perwakilan malaysia di luar negara. tak perlu daftar dengan jawi dulu.
jp wp pj:
Boleh digunakan sijil nikah puan itu
aku:
lega... suspen toi
especially bila baca blog2 x bertauliah (yg no prove)
tqsm
bpa jpm:
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima maklum balas melalui emel tuan pada 27 Oktober 2014 yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Adalah didapati maklumbalas yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menjelaskan aduan yang telah dibangkitkan oleh pihak tuan. Oleh hal yang demikian, sebarang maklumbalas berkenaan perkara ini boleh terus dikemukakan terus kepada Puan Haznita binti Husin di talian 03-8803070 atau melalui emel haznita.husin@moe.gov.my
3. BPA mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Maklum Balas untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPA. Untuk makluman tuan, tiada caj setem dikenakan bagi penghantaran borang tersebut melalui pos. Borang maklumbalas tersebut juga boleh diakses dan dilengkapkan menerusi hyperlink Semak Aduan/Borang Maklumbalas dihttp://pcb.spab.gov.my. Kerjasama tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima maklum balas melalui emel tuan pada 27 Oktober 2014 yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Adalah didapati maklumbalas yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menjelaskan aduan yang telah dibangkitkan oleh pihak tuan. Oleh hal yang demikian, sebarang maklumbalas berkenaan perkara ini boleh terus dikemukakan terus kepada Puan Haznita binti Husin di talian 03-8803070 atau melalui emel haznita.husin@moe.gov.my
3. BPA mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Maklum Balas untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPA. Untuk makluman tuan, tiada caj setem dikenakan bagi penghantaran borang tersebut melalui pos. Borang maklumbalas tersebut juga boleh diakses dan dilengkapkan menerusi hyperlink Semak Aduan/Borang Maklumbalas dihttp://pcb.spab.gov.my.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
aku:
terima kasih so much
bpa meme byk berjasa kpd rkyt
sbb tuh najib msh pm
x mcm arab spring gara2 x puas ht tiada beres
No comments:
Post a Comment