... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Wednesday, April 27, 2011

Every 15 minutes, a Muslim couple gets divorced in Malaysia - SAMA NISBAH LAHIRNYA ANAK ZINA LAH...

http://www.mmail.com.my/content/70685-every-15-minutes-muslim-couple-gets-divorced-malaysia

gara2 dah main dulu sebelum nikah sebenarnya...

'Don't blame Facebook for divorces'

2011/04/28
Reports by Ili Liyana Mokhtar



SOCIAL networking sites such as Facebook cannot be blamed entirely for the rising number of divorces among Muslims, the Dewan Negara was told yesterday.

Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim said based on research conducted by the religious authorities, divorces in the country were mostly because of irreconcilable differences, irresponsible spouses, polygamy, drug abuse and extra-marital affairs.

"Facebook is only a small contributing factor, that is why at the pre-marriage courses, we try to educate couples on issues that will crop up during a marriage and how to deal with them in a mature and responsible manner," she said in reply to a supplementary question by Senator Ahmad Husin.


Ahmad had asked if the popularity of social networking sites could be a major factor in divorces among young Muslim couples as they had the opportunity to look up old flames.

Earlier, replying to a question from Senator Datuk Fatimah Hamat, Mashitah said 135,136 Muslim marriages were registered in 2009 and 27,116 divorces.

She added that Selangor had the highest number of divorces at 4,614, followed by Kedah (2,749) and Johor (2,578).


To a suggestion by Fatimah that longer pre-marriage courses be provided because of the rising number of divorces, Mashitah said: "There is nothing surprising about the figures. Divorce is a legal and legitimate way to end a bad marriage.

"And according to research, the two-day pre-marriage courses are effective and the religious authorities have also conducted various activities to strengthen the family institution, including seminars, forums, conferences and workshops."

The religious authorities have also published pamphlets and brochures on marriage-related topics for the public.


"We can only help so much. In the end, making a marriage work depends on the couple."



Read more: 'Don't blame Facebook for divorces' http://www.nst.com.my/nst/articles/20dv/Article#ixzz1KmEbJFGT

Tuesday, April 26, 2011

banyak lagi kerja lain yang LEBIH berfaedah...

Gempur penjaja jajan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/27
Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapai

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.
Berikutan itu, beberapa pertubuhan meminta pihak berkuasa tempatan segera menguatkuasakan larangan terhadap peniaga dan penjaja ini yang menjadi antara faktor penyumbang masalah pemakanan pelajar ketika di sekolah.
Menurut mereka, kebanyakan daripada senarai 15 barangan yang dilarang dijual di sekolah, sebenarnya tidak dijual di kantin, sebaliknya dijual peniaga dan penjaja di luar sekolah dalam bas dan van sekolah serta kedai berhampiran sekolah.

Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.

Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
“Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.

“Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.

“Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga,” katanya.

Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.

“Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka,” katanya.

Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.

“Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah

bunuh bayi, baby hatch, rogol, cabul, sekolah harapan, berzina + etcs LEBIH hina/LOW class daripada nikah siam...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/26/nation/8552498&sec=nation

Sunday, April 24, 2011

nikah siam 10% janji sah + halal bukan cam BH Maksiat...

Berkahwin tanpa hutang


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELANGSUNGKAN perkahwinan adalah impian pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, namun berapa ramai yang benar-benar mampu mengeluarkan belanja untuk menganjurkan majlis yang diimpikan?

Kerana itu segelintir pasangan memilih untuk membuat pinjaman peribadi semata-mata bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, SYARIFAH DAYANA SYED BAKRI dengan Pengarah Shuth Network Sdn Bhd, Mohd Suhaimy Abu Bakar mengenai tip mengumpul wang bagi melangsungkan perkahwinan tanpa perlu membuat pinjaman peribadi.

KEBANYAKAN pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan. Adakah langkah berkenaan sesuatu yang perlu dilakukan pada zaman sekarang?

Pinjaman peribadi pada zaman sekarang adalah sesuatu yang mudah didapati dan kebanyakan institusi kewangan menawarkan kemudahan ini. Namun, saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang baik kerana hanya akan menyusahkan peminjam di kemudian hari.

Pada pandangan saya, meminjam duit untuk menjana duit yang lebih banyak adalah sesuatu yang bijak. Namun, sekiranya membuat pinjaman semata-mata untuk membelanjakannya adalah sesuatu yang merugikan.

Tetapi, disebabkan keadaan mendesak, terdapat segelintir pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan terpaksa membuat pinjaman peribadi.


Adakah cara lain untuk mendapatkan wang bagi melangsungkan perkahwinan selain membuat pinjaman peribadi?

Selain membuat pinjaman peribadi, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masih boleh mengumpul wang secukupnya untuk hari bahagia mereka.

Malah, jika konsisten dan mampu menahan diri daripada membelanjakan gaji bulanan untuk perkara yang tidak penting, mereka yang mempunyai gaji minimum RM1,000 boleh mengumpul sehingga RM15,000 dalam tempoh kurang dua tahun.

Bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan proses mengumpul duit dapat dilakukan dengan sempurna.

Langkah pertama adalah dengan mengawal perbelanjaan serta mengelak diri daripada membelanjakan wang untuk perkara yang kurang penting seperti menonton wayang, melancong, berkaraoke atau membeli perabot tidak perlu.

Selain itu, bakal pengantin juga perlu mengelak daripada menambah hutang atau membuat hutang baru seperti membeli kereta atau berbelanja menggunakan kad kredit.

Bagi membantu menambah pendapatan, mereka juga boleh membuat kerja sampingan seperti berniaga dalam talian atau berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam.


Selain mengikut saranan yang diberi, apakah cara lain untuk membantu bakal pengantin mendapatkan wang mencukupi?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan menukar gaya hidup masing-masing. Jika selama ini kebanyakan individu hanya membuat simpanan selepas berbelanja, maka mereka perlu mengenepikan kira-kira 10 peratus daripada gaji diterima untuk simpanan.

Selepas membuat bayaran bil utiliti, mereka perlu menyimpan untuk diri sendiri.


Apakah saranan yang boleh diberi kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa membuat pinjaman peribadi?

Walaupun agak sukar mengumpul wang, tindakan mengumpul duit sendiri bagi melangsungkan perkahwinan adalah sangat bijak.

Ini kerana kebanyakan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak mengetahui cabaran selepas selamat diijabkabulkan.

Cabaran mengumpul wang menjadikan seseorang itu lebih matang dan menghargai wang yang dimiliki. Tetapi sekiranya mereka mengambil keputusan membuat pinjaman, maka pada masa akan datang kemungkinan untuk membuat pinjaman lain boleh terjadi.

Apakah nasihat untuk mereka yang ingin berusaha mengumpul wang sendiri bagi melangsungkan perkahwinan.

Apa yang paling penting adalah mengukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja di luar kemampuan atau menginginkan majlis yang luar biasa atas alasan perkahwinan itu sekali dalam seumur hidup. Berbelanjalah secara sederhana kerana apa yang paling penting adalah mengutamakan perkara wajib dan mengadakan kenduri untuk memaklumkan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat mengenai perkahwinan itu.

Malah, saya juga nasihatkan mereka yang mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga agar merancang dari awal kerana ia akan menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan.

nikah vs zina...

Isteri boleh tuntut fasakh


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Isteri yang menjadi mangsa suami ‘makan luar’ dan menyedari dirinya ditipu suami boleh mendapatkan fasakh. Dalam kes sebegini, Mahkamah Syariah ada kuasa untuk memisahkan pasangan bermasalah,” kata penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang suami yang bekerja sebagai pemandu treler dan gemar mendapatkan khidmat pelacur, menerima padah apabila disahkan menghidapi penyakit kelamin, Clymidia dan mandul.


Dalam masa sama, si suami yang hanya dikenali sebagai Mail, 38, berhajat menceraikan isterinya kerana gagal memberikan zuriat selepas empat tahun berkahwin kerana penyakit itu.

Menurut Hassan, si suami tidak perlu menceraikan isterinya kerana wanita itu lebih berhak mendapatkan fasakh.


Ini disebabkan lelaki terbabit tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


“Jika isteri enggan mendapatkan fasakh, si suami juga boleh menceraikan isterinya. Jika persetujuan dicapai dan mereka enggan bercerai, si suami perlu kembali ke jalan benar dan bertaubat.

“Islam melarang perlakuan maksiat dan zina. Malah, dalam peristiwa Israq dan Mikraj, Rasulullah memilih daging yang baik dan bersih daripada yang kotor dan busuk,” katanya.

Friday, April 22, 2011

2000 leh guna tok wat anak lagi...

Pelayan cabul nenek solat didenda
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2011/04/23
Lelaki mengaku picit punggung pesara guru di surau kena bayar RM2,000

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan hotel didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabul seorang warga tua yang sedang menunaikan solat di sebuah surau di Taman Nirwana, 19 April lalu. Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Salahudin Hassan Sha, 23, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan empat bulan jika gagal membayar denda itu. Salahudin dituduh mencabul pesara guru berusia 65 tahun dengan memicit punggung mangsa yang sedang solat Asar bersendirian di bilik sembahyang wanita di surau Taman Nirvana Ampang, jam 4.55 petang 19 April lalu.

Tertuduh dari Taman Ampang Hilir didakwa mengikut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa juga dicabul sehari sebelum itu ketika sedang solat Asar bersendirian di surau berkenaan dan kejadian sama berulang keesokannya pada waktu sama. Mangsa yang ketakutan, menjerit dan menceritakan kejadian itu kepada suaminya.

Pada masa sama, seorang daripada jemaah lelaki berselisih dengan tertuduh yang dilihat keluar dari surau dalam keadaan tergesa-gesa menuruni tangga sebelum mengejar dan berjaya menahan tertuduh sebelum menyerahkannya kepada polis.
Di mahkamah sama, seorang buruh, Mohd Ali Mohd Yunus, 28, yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar, dituduh membunuh anak angkat lelakinya berusia dua tahun 10 bulan, yang juga warga Myanmar.

Dia dituduh melakukan jenayah itu itu di rumah sewanya di Lot 1414, Lorong Permai 29, Ampang Campuran, di sini, antara jam 10 pagi dan 12 tengah malam, 12 April lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Wan Karimah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan kes.

jangan marahkan nyamuk, rumah di bom... benci polis jahat, pdrm dibubar? 10% warga MY wat maksiat & 90% tak rebut perluang ibadah!

RM2,000 nikah di hotel
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my DANOK (Selatan Thailand): Pasangan yang cuba menyelesaikan masalah mereka dengan bernikah di pekan ini, bakal berdepan masalah lain apabila tanpa disedari, mereka sebenarnya menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah yang mengeluarkan sijil nikah palsu.

Selain itu, terdapat juga upacara pernikahan ‘ala koboi’ kerana ia dilangsungkan dalam bilik hotel murah di pekan ini dengan hanya bersaksikan serta ‘diwalikan’ rakan atau kenalan pasangan itu.


Pada masa sama, setiap pasangan dikehendaki membayar antara RM2,000 dan RM2,500 bergantung kepada permintaan jurunikah termasuk kos pengangkutan, broker, saksi serta khidmat jurunikah berkenaan.

Difahamkan, ada juga sindiket turut menjual sijil nikah palsu seakan-akan asli apabila menggunakan cop imam yang menikahkan pasangan itu, tetapi ia hanya akan terbongkar apabila pasangan terbabit datang untuk mendaftar pernikahan mereka di negara itu.




Perkara itu didedahkan Sufian Ismail selaku seorang imam di pekan ini yang mendakwa sudah menikahkan lebih 500 pasangan bermasalah dari Malaysia sejak 18 tahun lalu di tingkat atas sebuah restoran makanan Islam, tetapi mendakwa hanya menjalankan pernikahan jika pasangan terbabit membawa wali yang sah.



Sufian, 58, berkata, setakat ini, dia berjaya mengesan satu pasangan yang mendakwa bernikah melalui sindiket di sebuah bilik hotel di pekan itu dengan bayaran RM2,000, tetapi gagal mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.

Thursday, April 21, 2011

besarkan lagi sekolah harapan tok pasangan yang telah menikah & hamil tak leh masuk didikan bantuan kerajaan pusat...

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=580880

gara2 sukar nikah... & keliru bahwa haram itu sedap! habis, awat tak makan babi jer?

Dataran Klebang lubuk ‘kereta goyang’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Lubuk ‘kereta goyang’ atau ‘memancing kolam cetek’ adalah istilah yang diberi pengunjung Dataran 1 Malaysia, Klebang, dekat sini, yang menjadi lokasi segelintir pasangan memadu kasih di dalam kenderaan.

Pasangan terbabit dikatakan bukan saja melakukannya pada malam hari, bahkan perlakuan sumbang itu turut dipertontonkan pada sebelah siang.


Deretan kenderaan yang diletak di sepanjang dataran pada waktu malam kebanyakannya mempunyai pasangan sedang bermadu kasih di dalamnya, bermula dengan aksi ringan-ringan hinggalah kereta goyang khususnya menjelang tengah malam. Lebih memalukan apabila dataran itu juga pernah dijadikan tempat pesta bogel di kalangan ‘awang hitam’ kira-kira dua bulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung.

Tinjauan Harian Metro pada waktu siang juga mendapati beberapa pasangan kekasih asyik bermadu kasih di dalam kenderaan yang diletak menghadap pantai tanpa menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakam aksi mereka.


Pengunjung dikenali sebagai Epul, 24, berkata, dataran itu mula dikunjungi pasangan yang mahu bermadu kasih seawal jam 10 malam dan jam 12 malam adalah waktu kemuncak menyaksikan beberapa kenderaan di sepanjang dataran itu bergoyang.


Katanya, pengunjung di situ bukan hanya disajikan aksi kereta goyang bahkan gelagat pasangan kekasih bermadu kasih dengan duduk berdua-duaan dan berkelakuan sumbang juga boleh dilihat. “Sejak dataran ini wujud, ia dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu dan pengunjung boleh merakamkan adegan gurauan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan yang dihidupkan enjin dan penyaman udaranya.

“Mereka berani berkelakuan begitu kerana dataran ini kebiasaannya dikunjungi golongan muda dan kaki pancing menyebabkan adegan pasangan terbabit digelar memancing di kolam cetek oleh penduduk,” katanya.


Menurutnya, sepanjang beberapa kali kunjungannya di dataran itu pada waktu malam, tiada pemantauan mahupun rondaan dilakukan pihak berkuasa.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rizma, 31, berkata dataran berkenaan tidak lagi sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adengan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.


Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan membendung gejala ini kerana ia semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

silap bulan jadi kapir lagi anak ZINA islam...

Pesara terkejut temui bayi ditanam


2011/04/22

SINGAPURA: Seorang pesara terkejut apabila mendapati bunyi kucing yang didengari ketika merokok adalah suara bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup di taman bunga.

Tay Kim Sia, 60, berada di bumbung tempat letak kereta di aras enam di Eunos Crescent, apabila beliau mendengar bayi menangis, lapor akhbar The Straits Times.
Beliau mendapati bayi itu ditanam dengan beg sampah melilit lehernya dan daun kering memenuhi mulutnya, lapornya.
“Saya sangka ada kucing tersepit jadi saya periksa semak tetapi ternampak kaki kecil keluar daripada tanah. Saya menggali tanah dan dapati bayi itu mempunyai tali pusat. Bayi itu kemudian di bawa ke Pusat Aktiviti Warga Emas Tembusu dan dibersihkan,” katanya.

Warga emas di pusat itu berkata bayi terbabit mungkin baru sejam dilahirkan bagaimanapun bayi itu dilaporkan sihat.
– Agensi

akhir zaman, dah terlanjur baru leh nikah...

49 remaja hamil dapat manfaat daripada Sekolah Harapan


2011/04/21
JASIN: Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin. "Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.

Ab Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.
Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.

Katanya, pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lalu.

Beliau juga berkata, sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah berkenaan seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik. - BERNAMA

Tuesday, April 19, 2011

Monday, April 18, 2011

jadi ejen ns jelah...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/19/nation/8510276&sec=nation

Sunday, April 17, 2011

nikah siam selamat wanita jadi mangsa tupai & baby dumping...

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8992729.asp

Wednesday, April 13, 2011

tahniah... akhirnya selamat jua.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Tuesday, April 12, 2011

gara2 anti poligami...

Kencing isteri minta tolong

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.


“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Click Here

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.


“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Saturday, April 9, 2011

MANA TUNANG DALAM ISLAM...

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8948889.asp

Thursday, April 7, 2011

di sini leh wat maksiat tak?

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=577131

cerai/tinggalkan jer jika ngaku dipukau sebb dara pun dah dapat...

Tiga beranak naik angin

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MARAH...Yani Yuhana (kanan)  dan ahli keluarga tidak berpuas hati.
MARAH...Yani Yuhana (kanan) dan ahli keluarga tidak berpuas hati.
HADIR...Kamran  di luar mahkamah, semalam.
HADIR...Kamran di luar mahkamah, semalam.

KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang mendakwa disihir supaya berkahwin dengan seorang lelaki warga Pakistan, dua tahun lalu, berang apabila prosiding perbicaraannya dijalankan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Yani Yuhana Mohd Zambri, 24, yang tiba di mahkamah jam 9.15 pagi bersama bapa serta ibunya enggan masuk ke dalam mahkamah selepas mengetahui hanya dia, Muhammad Kamran Babar, 46, (plaintif) serta peguam syarie dibenarkan masuk.

Bapanya, Mohd Zambri Zakaria yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan itu mula memarahi anggota polis yang cuba menghalangnya daripada masuk.

“Kenapa saya tak boleh masuk, saya wali dia,” kata Zambri.


Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila 15 anggota polis yang ditempatkan di luar mahkamah berjaya mengawal situasi dengan memujuk Zambri serta ahli keluarganya supaya bertenang dan memberi kerjasama.


Zambri kemudian dilihat turun ke tingkat bawah bersama ahli keluarganya sebelum kembali naik sendirian lima minit kemudian bersama peguam syarie Othman Mohd Noor yang mewakili Yani Yuhana dan terus dilihat masuk ke dalam mahkamah walaupun dilarang berbuat demikian.

Lelaki berusia 60-an itu yang keluar 10 minit kemudian terkejut apabila secara tiba-tiba didekati polis dan dilihat mula bertindak agresif serta mempersoalkan tindakan polis itu.

“Kenapa saya ditahan, saya nak jumpa anak saya di bawah,” katanya sambil mengacu-acukan tongkatnya kepada anggota polis.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila isterinya, Yani Yuhana serta ahli keluarga yang menunggu di tingkat bawah mahkamah mula masuk campur dengan menghalang polis daripada menahan lelaki itu.

Kekecohan selama 15 minit yang turut menarik perhatian orang awam di mahkamah itu selesai, selepas Zambri dan ahli keluarganya setuju ke balai polis.

Zambri bersama ahli keluarganya dilihat menaiki Toyota Vios meninggalkan mahkamah sambil diekori kereta peronda ke Balai Polis Dang Wangi.

Difahamkan guru silat itu ditahan untuk memberi keterangan berikutan kekecohan yang dicetuskan pada prosiding lalu.

Yani Yuhana sepatutnya memberi keterangan balas berhubung permohonan mendaftarkan perkahwinan di Pakistan pada 2 April 2009 yang difailkan Kamran.

Ahli perniagaan tekstil itu mendakwa pernikahan di Sadiqadad Raw, Pakistan iaitu ketika Yani Yuhana masih belajar di United Kingdom (UK) tidak direstui ibu bapanya.

Bagaimanapun, Yani Yuhana membantah permohonan itu selepas mendakwa dia berada dalam keadaan luar kewarasan sekiranya dia benar-benar bernikah seperti didakwa Kamran.

Othman yang ditemui kemudian memberitahu anak guamnya tidak akan memberi keterangan kerana tiada kes perlu dijawab dan selaras dengan Seksyen 126(3) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah 1998 (akta 585), pihaknya akan memfailkan hujahan.

Saturday, April 2, 2011

nabi 50 + aishah 6 tahun... sedand nenek wa 11 tahun tara hal pun di era british dulu.

Badul nafi cabul pelajar


2011/04/03
KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 62, nafi terbabit kes mencabul pelajar berusia 13 tahun, tetapi menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

“Sukar untuk saya keluarkan sebarang komen atau kenyataan buat masa ini, namun apa yang dapat saya maklumkan apa yang didakwa oleh mangsa terhadap saya adalah dakwaan yang songsang,” katanya yang mengaku mengenali pelajar terbabit. Ketika dihubungi Berita Minggu semalam, Badul berkata, dia akan bertemu seorang pegawai Bahagian Serangan Jenayah Seksual dan Penderaan (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Selasa ini untuk membantu siasatan kes berkenaan. Laporan sebuah akhbar semalam menyebut pelawak popular berusia 60-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa sering dicabul lelaki itu dan bagi menutup perbuatan kejinya, pelawak berkenaan menyogok sejumlah wang.

Badul yang selesai mengarahkan filem Hello turut mendakwa menerima panggilan daripada seseorang yang dipercayai menyamar sebagai polis memintanya hadir ke IPKKL, petang kelmarin.

“Semalam (kelmarin) ketika menjalani penggambaran di Pulau Indah, Klang, ada lelaki menghubungi dan mengarahkan saya dengan kasar serta memaki-hamun meminta saya ke IPKKL. Apabila saya ke IPKKL jam 4 pagi kelmarin, petugas di pintu masuk mendakwa tiada siapa mengarahkan saya hadir,” dakwanya.

Badul yakin orang yang menghubunginya mempunyai kaitan dengan mangsa dan menyamar sebagai polis.

LAPORAN POLIS TERHADAP SPINner... CEPAT KIAMAT LAGI BAGUS GAK!?

Sertai komuniti Berita Harian logindaftar Komuniti ↓ WAKTU SOLAT Kuala Lumpur SUBUH ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK 5:57 13:20 16:21 19:23 20:33 ... kawasan lain Sabtu , 02 April 2011 Set BH sebagai Laman Utama Arkib Berita : Seminggu Sejak 1991RSS Mobile Akhbar Digital SMS Alert 1klassifieds PILIHAN ENJIN CARIAN Nasional Sukan Dunia Ekonomi Agama Hip Ratu Surat Rencana Pendidikan Wilayah Sastera Skuad Sisipan Klik Khas Nasional Cetak . Emel Rakan . 257,000 anak luar nikah di Selangor Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@bharian.com.my 2011/04/02 Masih ramai bayi kes seks haram tak didaftar SHAH ALAM: Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan. Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata jumlah itu ialah kelahiran didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan yakin masih banyak anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan jabatan berkenaan. “Dalam tempoh itu, secara purata lebih 83 kes anak tidak sah dilaporkan di negeri ini setiap hari dan kita sendiri pun tidak tahu berapa banyak lagi anak luar nikah dilahirkan di luar sana. “Masalah ini adalah amat besar yang direkodkan di Selangor. Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) yang ingin tahu bilangan anak luar nikah di Selangor, punca meningkat bayi hasil hubungan luar nikah dan langkah kerajaan negeri untuk mengatasinya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam. Hasan menyifatkan perkembangan itu sebagai menggusarkan dan mengajak semua pihak bekerjasama membendung gejala itu daripada terus berleluasa. Beliau berkata, kekurangan anggota penguat kuasa menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sukar bertindak terhadap kegiatan maksiat dan pelbagai gejala sosial lain di negeri ini. “Ketika ini nisbah pecahan anggota penguat kuasa JAIS dan penduduk kini berjumlah 1:25,000. “Oleh itu, kita meminta kerajaan negeri menambah bilangan anggota penguat kuasa JAIS bagi membolehkan pemantauan dan langkah pembanteras aktiviti tidak bermoral di kalangan masyarakat Islam di Selangor dapat dilakukan lebih kerap. “Dengan adanya penambahan anggota penguat kuasa, pemantauan di hotel bajet, pusat hiburan, premis urut dan judi dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras gejala itu,” katanya. LAPORAN POLIS TERHADAP SPINner: http://kondem-cadang.blogspot.com/2011/04/laporan-polis-keatas-geng-haprak.html Babies of unwed mums 'a big woe' 2011/04/01 Share SELANGOR executive councillor Datuk Dr Hasan Ali told the state assembly that an illegitimate baby is born in Selangor every 18 minutes. Citing state statistics, Hasan described the issue as "a huge problem in the state" with about 250,000 babies born out of wedlock up to 2008.He, however, said the number was merely an estimate, claiming there could be more unreported cases. "We believe adultery is caused by several factors, including lack of sex education, dressing factor and television (movie) influences," he said in response to Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) who asked about the severity of adultery cases in the state. Hasan, who is also Selangor Pas commissioner and Selangor Muslim Affairs, Malay Customs, Infrastructure and Public Amenities Committee chairman, admitted it was difficult to curb the problem due to manpower shortage in authorities such as the Selangor Islamic Religious Department (Jais)."Currently, the enforcement ratio is one officer to 25,000 people in the state. This is something to worry about and I hope the state government will allocate more officers to Jais to enable it to tackle the issues. "With more manpower, it will make enforcement work for Jais easier, especially in monitoring activities at budget hotels, massage parlours and other entertainment outlets in the state," he added.Read more: Babies of unwed mums 'a big woe' http://www.nst.com.my/nst/articles/20hali/Article#ixzz1IN19wUUz http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=575435 http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=575231