Pesara terkejut temui bayi ditanam
2011/04/22
SINGAPURA: Seorang pesara terkejut apabila mendapati bunyi kucing yang didengari ketika merokok adalah suara bayi baru lahir yang ditanam hidup-hidup di taman bunga. Tay Kim Sia, 60, berada di bumbung tempat letak kereta di aras enam di Eunos Crescent, apabila beliau mendengar bayi menangis, lapor akhbar The Straits Times.Beliau mendapati bayi itu ditanam dengan beg sampah melilit lehernya dan daun kering memenuhi mulutnya, lapornya.“Saya sangka ada kucing tersepit jadi saya periksa semak tetapi ternampak kaki kecil keluar daripada tanah. Saya menggali tanah dan dapati bayi itu mempunyai tali pusat. Bayi itu kemudian di bawa ke Pusat Aktiviti Warga Emas Tembusu dan dibersihkan,” katanya.
Warga emas di pusat itu berkata bayi terbabit mungkin baru sejam dilahirkan bagaimanapun bayi itu dilaporkan sihat.
– Agensi
No comments:
Post a Comment