Kena seksa kerana kahwin lari
Oleh Omar Osman
2011/05/21
SUNGAI PETANI: Seorang pemuda berusia 31 tahun diikat pada tiang rumah sebelum dibelasah dan dicucuh dengan puntung rokok gara-gara bernikah dengan teman wanitanya di Thailand, dalam kejadian di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Azhar Aziz, dilucutkan pakaian hingga tinggal seluar dalam, dipukul dengan tangan dan kayu serta diseksa lebih sejam oleh sekumpulan 40 orang dipercayai ahli keluarga isterinya dan penduduk kampung terbabit, kira-kira jam 2 pagi.Berikutan itu, Mohd Azhar cedera dan lebam di seluruh anggota badan termasuk kedua-dua mata serta menerima lebih 20 jahitan pada bahagian muka, tangan dan kaki.Menceritakan kejadian itu, Mohd Azhar berkata, beliau dan isteri yang baru dinikahinya seminggu lalu, didatangi sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal di rumah mereka di Taman Orkid, di sini.
“Lelaki terbabit bertindak memecah masuk ke dalam rumah sebelum memaksa saya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Kampung Simpor Tambang manakala isteri saya dibawa dengan kereta berasingan.
“Sebaik tiba di kampung itu, saya dapati ada kira-kira 40 orang penduduk kampung termasuk saudara isteri saya sebelum mereka membogelkan saya hingga tinggal seluar dalam dan diikat pada tiang sebuah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Azhar berkata, beliau dipukul dengan kayu dan tangan, malah dicucuh puntung rokok sehingga tidak bermaya.
“Selepas menanggung sengsara lebih sejam, mereka melepaskan saya sebelum saya menghubungi polis dan memaklumkan saya terbabit dalam kes culik,” katanya.
Beliau berkata, isterinya yang berusia 23 tahun bersetuju bernikah di Thailand kerana tidak mahu berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.
“Sebaliknya, isteri memilih saya kerana kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Malah, sebelum kami bernikah di Thailand, isteri saya membuat laporan di Balai Polis Kangar memaklumkan beliau secara sukarela mengikut saya untuk bernikah di sempadan,” katanya.
Mohd Azhar berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit, MyKad, kad juru wang automatik (ATM) dan lesen memandu dalam kejadian itu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan.
BUKTI...Mazri menunjukan surat nikahnya yang disahkan Pejabat Agama Kuala Muda.
GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.
Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.
Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.
“Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami,” katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.
Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamiisteridibogel/Article/index_html
SUNGAI PETANI: “Saya berharap mereka (ibu dan bapa mentua) dapat mengubah pendirian dan dapat menerima hakikat saya adalah suami sah kepada Nornashuha dengan merestui perkahwinan kami,” kata Mazri Sharif,30, suami Nornashuha Azmi, 22, yang dilarikan tiga lelaki dari rumahnya dua hari lalu.
Mazri berkata, mentuanya sepatutnya mengenepikan pendirian mereka dia tidak setaraf dengan kedudukan mereka kerana dia dan Nornashuha sudah berkahwin dan perkahwinan mereka sah di sisi agama dan undang-undang.
“Saya merayu mereka mengubah sikap dan memulangkan isteri saya. Berilah peluang kepada saya dan Nornashuha untuk menjalani kehidupan suami isteri seperti mana pasangan lain.
“Restuilah perkahwinan kami. Takdir sudah menentukan saya dan Nornashuha menjadi pasangan suami isteri, malah kami berdua juga sudah mempunyai seorang anak walaupun hakikatnya saya tidak pernah diberi peluang melihatnya sejak dilahirkan awal Januari lalu.
“Saya sama sekali tidak akan meninggalkan Nornashuha biarpun kedua ibu bapanya memaksa berbuat demikian. Saya harap Nornashuha dipulangkan kerana dia isteri saya yang sah,” katanya ketika dihubungi semalam. Harian Metro semalam, melaporkan sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan rotan yang memecah masuk rumah mereka kira-kira jam 4 pagi, Rabu lalu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mintamentuaterimahakikat/Article/index_html
No comments:
Post a Comment