... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Saturday, May 12, 2012

Jcorp wat rm500 jer... 2007

Anjur kahwin jimat
Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Tidak bersedia di segi mental, kurang pengetahuan agama serta kos perkahwinan tinggi menyebabkan ramai pasangan muda tidak mampu berkahwin, sekali gus menjadi antara faktor penyumbang kahwin lari dan peningkatan kes pembuangan bayi.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) buat julung kalinya menganjurkan Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan (Proskap) membabitkan 20 pasangan pelbagai taraf kehidupan dan golongan, termasuk mualaf.


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Mohamed Nordin Ibrahim, berkata program itu bertujuan mengumpulkan pasangan di kalangan belia yang ada keinginan dan keupayaan berkahwin tetapi belum bersedia di segi material.

Menurutnya, inisiatif dilaksanakan bersama YPB harus dipuji kerana dapat mengajak masyarakat meneliti kepentingan hubungan sah kahwin dan sah nasab bagi pembentukan sebuah keluarga Muslim.


“Semua sedia maklum, pelbagai kes sejak akhir-akhir ini membabitkan kahwin lari, pembuangan bayi serta gejala tidak sihat lain meningkat setiap tahun.


“Malah, berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan indeks gejala negatif meningkat daripada 30 hingga 50 peratus sejak 2005 hingga 2011. Gejala ini termasuk wanita hilang dan lari mengikut teman lelaki,” katanya pada pemberita pada majlis Proskap di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam.

Melalui Proskap, setiap pasangan hanya membayar RM5,000 membabitkan majlis akad nikah dan resepsi yang diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.


Bayaran itu termasuk jamuan untuk 300 jemputan setiap pasangan, penginapan dua hari satu malam, penajaan dua pasang pakaian bagi majlis akad nikah dan pakej solekan.

Mohamed Nordin berkata, penganjuran program itu dapat mengelakkan pasangan bernikah di luar negara, khususnya Thailand dan Indonesia, dengan alasan kos perbelanjaan perkahwinan yang semakin tinggi.


“Daripada kajian dan pemantauan bersama Jabatan Agama Negeri, ada tiga sebab rakyat Malaysia kahwin lari di negara berkenaan iaitu poligami, hamil sebelum nikah dan wali enggan, tetapi sejak mutakhir ini kita lihat kos perbelanjaan perkahwinan tinggi turut menyumbang kepada faktor itu,” katanya.


Kakitangan swasta, Ridhwan Ibrahim, 26, berkata dia dan pasangannya, Siti Nurhafizah Muhamad Fadzil, 26, memilih pakej itu kerana berpatutan dan mereka tertarik dengan konsep bersederhana untuk majlis perkahwinan seperti disarankan ajaran Islam.


“Zaman sekarang, nak kahwin memerlukan RM10,000 ke atas. Bagi orang muda yang baru bekerja dan ada keinginan berumah tangga, tentu mengambil masa lama untuk menabung.


“Malah, ada yang terpaksa berhutang semata-mata nak buat majlis besar-besaran kerana terlalu mengikut budaya masa kini. Justeru, program ini memudahkan pasangan muda berkahwin secara sederhana seperti digalakkan Islam,” katanya.

PUTRAJAYA: Seramai 20 pasangan Islam, termasuk mualaf dan warga asing menyertai Program Selangkah ke Alam Perkahwinan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim, berkata matlamat utama program itu membantu meringankan beban kewangan pasangan remaja Islam yang mahu berkahwin.

Beliau berkata, menerusi program itu setiap pasangan suami isteri hanya dikenakan sumbangan RM5,000 bagi pakej perkahwinan termasuk kursus perkahwinan, akad nikah, logistik, majlis resepsi dan penginapan dua hari satu malam diuruskan sepenuhnya oleh penganjur.
“Justeru, kita berharap program itu secara tidak langsung menggalakkan pasangan remaja melangsungkan pernikahan awal iaitu antara 25 hingga 28 tahun, sekali gus mengurangkan gejala sosial termasuk pembuangan bayi, maksiat, seks luar nikah dan kahwin lari.

“Ini penting kerana JAKIM difahamkan indeks gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia meningkat daripada 30 peratus pada 2005 kepada 50 peratus, pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis akad nikah 17 daripada 20 pasangan itu disempurnakan oleh lapan jurunikah bertauliah di Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Tiga pasangan suami isteri sudah mengadakan majlis akad nikah lebih awal turut serta dalam program julung kali anjuran JAKIM dan YPB.

Mengulas lanjut, Mohamad Nordin berkata, penganjuran program itu juga dapat mengurangkan statistik pasangan mengambil tindakan untuk berkahwin di negara jiran terutama Thailand berikutan kos perkahwinan semakin meningkat di negara ini.
Katanya, sebelum ini kajian JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) mendapati tiga faktor utama mendorong pasangan Islam ke Thailand untuk berkahwin kerana mahu berpoligami, wanita hamil anak luar nikah dan bapa enggan menjadi wali.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa agama Islam di Selatan Thailand baru-baru ini mendedahkan sekarang ramai juga pasangan berkahwin di negara itu kerana kos perkahwinan terlalu tinggi di Malaysia iaitu mencecah sehingga RM40,000,” katanya.

No comments:

Post a Comment