Nasional
Gadis rela nikah usia 16 tahun
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
bhkb@bharian.com.my
2012/05/18
EKIN (kiri) memakai inai ketika ditemui di rumah neneknya di Bachok, semalam.
BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.
Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan. - Ekin
“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam.
Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.
“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.
Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.
Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.
“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.
BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.
Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.
“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:
Post a Comment