Kuan Yew seru rakyat Singapura supaya berkahwin, beranak
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew semalam berkata rakyat negara ini perlu berkahwin dan beranak jika mereka tidak mahu negara mereka hancur.
Bercakap pada makan malam Hari Kebangsaan untuk Majlis Pentadbiran Penduduk (GRC) Tanjung Pagar dan penduduk Tiong Bharu, dia berkata, Singapura akan hancur jika tiada rakyat asal yang tinggal untuk membentuk majoriti masyarakat.
Lee juga berkata, migran diperlukan untuk penyelesaian sementara. Trend kadar kelahiran bayi yang semakin merosot juga perlu diatasi. Katanya, jika tiada warganegara generasi baru, penduduk tetap generasi baru akan menyelesaikan etos sosial, semangat sosial dan norma sosial Singapura.
Menurut The Straits Times, Lee berkata, rakyat Singapura yang tidak berkahwin dan mempunyai anak menjadi “masalah negara” walaupun gaya hidup individu dan rancangan berkahwin adalah keputusan peribadi.
Dalam ucapannya, Lee turut menyebut gaya demografi terkini.
Bangsa Cina mempunyai kadar kesuburan paling rendah tahun lalu pada 1.08.
Generasi kumpulan etnik terbesar di Singapura itu akan menjadi separuh untuk tempoh 18 hingga 20 tahun akan datang jika keadaan itu berterusan. - Straits Times
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/13
Sunday, August 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment