Belum pernah lak wa p pejabat kadi Betong nih... Pattani, nara, satun, yala, bangkok & songkhla aku dah ziarah. Ceh :-P http://t.co/SqnbhdsS
Pejabat kadi tetap diketuk
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
BETONG: Ketibaan Ramadan sedikitpun tidak menghalang hasrat pasangan ‘kekasih bermasalah’ melintasi sempadan dan melangsungkan perkahwinan di Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong, di sini.
Kebanyakan pasangan ini termasuk golongan warga emas dan golongan kenamaan tempatan didapati sanggup bersabar menunggu giliran ditemu duga sebelum dinikahkan.
Jurucakap Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong berkata, jumlah pasangan dari Malaysia yang berkahwin di pejabat itu tidak berkurangan walaupun pada bulan Ramadan.
Menurutnya, walaupun pejabat kadi Betong ditutup sempena bulan Ramadan namun pihaknya akan menjalankan majlis pernikahan bergantung tempahan atau permintaan orang ramai.
“Biasanya pasangan berasal dari Malaysia ini memohon untuk bernikah di sini dengan membawa semua dokumen peribadi bagi melicinkan proses pernikahan.
“Setakat ini sudah berpuluh pasangan bernikah di pejabat ini sejak awal Ramadan lalu dan semua proses ini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.
Wartawan Harian Metro yang berada di pejabat kadi berkenaan mendapati satu pasangan warga tempatan sedang menjalani upacara pernikahan manakala dua lagi pasangan berasal dari Kedah menunggu giliran untuk diijabkabulkan.
“Pernikahan di sini bukan hanya di kalangan pasangan muda atau pertengahan usia malah turut membabitkan golongan warga emas yang mahu proses pernikahan ini disegerakan tanpa masalah birokrasi,” katanya.
Sementara itu beliau yang juga ahli jawatankuasa Pejabat Kadi berkenaan menyelar tindakan segelintir ejen tempatan mengenakan kadar upah terlalu tinggi terhadap pasangan ingin berkahwin di negara jiran itu.
“Ramai yang tersalah anggap dan menyangka kos berkahwin di Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong mencecahkan ribuan ringgit. Malah, kami dituduh masyarakat tempatan kononnya membuat keuntungan hasil khidmat menikahkan pasangan dari Malaysia.
“Tohmahan itu tidak tepat kerana kami hanya mengenakan kadar bayaran berpatutan bagi kos memproses dokumentasi perkahwinan serta bayaran kepada kadi yang menikahkan pasangan,” katanya.
Menurutnya, pihak Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong yang terletak di bawah kuasa Pejabat Agama Islam Wilayah Yala, selatan Thailand hanya menetapkan bayaran sekitar RM450 berbanding ejen yang mengenakan caj perkhidmatan mencecah ribuan ringgit.
Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kegiatan pernikahan di Betong membabitkan ribuan pasangan Malaysia sejak awal tahun lalu yang kian meningkat berbanding beberapa tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/07
Monday, August 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment