Anak kacukan Melayu, Maghribi
Oleh ASMIZAN SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Beralis tebal, berambut ikal, berkulit putih dan berhidung mancung. Sekali pandang ramai menyangka ia kanak-kanak perempuan tetapi, wajah comel si ‘cilik’ itu sebenarnya lelaki.
Itulah hasil anak ‘kacukan’ Melayu dan Maghribi, Saifullah Ali, 3, yang dimiliki Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34.
Menyifatkan ia anugerah Allah SWT, Mohd Fairudz berkata, berdasarkan pengalamannya, perkahwinan campur biasanya akan mendapat anak yang bijak, lebih berani apabila bergaul dengan rakan sebaya dan senang berkawan.
“Ciri-ciri itu ada pada Saifullah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Sebagai contoh, pada usia dua tahun dia sudah mula suka mencuba menggunakan tetikus untuk melayari Internet dan pada usia itu juga dia sudah boleh bermain PlayStation bersama isteri dan saya.
“Kelebihan daripada segi bahasa pula, isteri saya bercakap Arab dengan anak, saya pula bercakap bahasa Inggeris dan anak akan belajar bahasa Melayu secara automatik kerana bahasa Melayu sangat mudah untuk difahami.
“Apatah lagi keadaan sekeliling di negara ini, ramai bercakap bahasa Melayu,” katanya.
Mohd Fairudz mengakui sering ditegur orang ramai ketika membawa anaknya bersiar-siar.
“Ke mana saja, orang ramai akan menegur dan bertanya mengenai anak saya. “Ada yang tanya lelaki ke perempuan. Justeru, ia membuatkan anak saya mudah bergaul dan mendapat rakan baru,” katanya.
Dalam pada itu Mohd Fairudz mendedahkan dia sudah ‘mengecewakan’ ramai lelaki tempatan yang cuba mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Sepanjang menguar-uarkan khidmat membantu mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi di Internet sejak awal 2010, ada sekurang-kurangnya 40 orang yang bercita-cita kahwin dengan gadis Maghribi terpaksa saya ‘reject’ (tolak) permintaan mereka. “Antara sebabnya mereka hanya mahu mengambil kesempatan, tak serius dan mempunyai pendapatan yang bakal memberi kesusahan kepada isteri. Jika pendapatan kecil bagaimana hendak menjaga isteri, faktor kewangan pun penting juga, nanti wanita dikahwini teraniaya,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan perkongsian hidup sehingga ke akhir hayat.
“Saya bukan agensi mencari jodoh kerana saya hanya membantu. Setiap lelaki yang berasa hendak mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi akan saya teliti latar belakangnya. “Yang tidak serius dan ada agenda tersembunyi, lupakan sajalah,” katanya.
Mohd Fairudz mengakui sejak kisahnya tersiar di akhbar ini, dia tidak menang tangan melayan kiriman e-mel, SMS dan panggilan telefon daripada individu yang berminat untuk mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Secara purata saya dapat puluhan e-mel, SMS dan panggilan telefon setiap hari. Ternyata ramai yang berminat mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi.
“Kerana sambutan di luar jangkaan, saya minta maaf kepada sesiapa yang lewat menerima jawapan. Saya pun ada kerja lain dan lagipun saya hanya membantu secara percuma,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fairudz menegaskan dia tidak berniat menyinggung perasaan gadis tempatan.
“Mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi hanyalah alternatif kepada lelaki tempatan. “Gadis tempatan pun ada keistimewaan. Saya bercakap berdasarkan reaksi lelaki tempatan sendiri,” katanya.
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taib, wanita Lubnan selamat diijab kabul
ReplyDelete2010/12/19
gambar sebelum gambar berikut
* Foto
Abdul Taib Mahmud
* Foto
TAIB dinikahkan Kipli dalam majlis tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak, di Kuching, malam tadi.
* Foto
WANITA Lubnan berusia 28 tahun yang dinikahi Taib.
* Foto
* Foto
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun (gambar kecil) di Kuching , malam tadi.
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.
Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.
Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.
Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.
Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.
WANITA TIMUR TENGAH SEMAKIN MENJADI REBUTAN...
Cari jodoh suami
ReplyDeleteE-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Ada wanita yang sanggup mencari jodoh untuk suaminya sendiri dan ada pula lelaki mendedahkan mengenai kecurangan bekas isteri sehingga terpaksa bergelar duda.
Itu antara ‘penangan’ muka depan akhbar ini Ahad lalu bertajuk ‘Isteri cun RM 14,000’. Selain dua pengakuan mengejutkan itu, menerusi e-mel dan panggilan telefon, kebanyakan reaksi diterima adalah daripada lelaki yang mahu ‘mencuba’ mencari jodoh di kalangan gadis Maghribi dengan ada antaranya mendedahkan sudah beberapa kali kecewa dengan wanita tempatan.
Tidak kurang, wanita tempatan yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap lelaki yang mengahwini gadis Maghribi kerana beranggapan pendedahan dibuat bagaikan satu penghinaan untuk wanita tempatan.
Pemantauan Metro Ahad di Internet pula mendapati kisah gadis Maghribi itu banyak diperkatakan di laman blog peribadi dan dijadikan bahan perdebatan di laman web forum sehingga ada pengendalinya terpaksa menutup forum mengenai kisah berkenaan selepas berlakunya ‘perang mulut’ antara lelaki dan wanita.
Berikut antara pengakuan diterima Metro Ahad.
Click Here
PENGAKUAN 1
(Cari jodoh untuk suami )
SAYA bukan mahu menunjuk-nunjuk kerana apa yang saya lakukan semuanya untuk suami tercinta. Apabila terbaca mengenai kisah gadis Maghribi yang disiarkan akhbar ini saya tergerak untuk mencuba kerana saya mahu mencarikan jodoh untuk suami.
Saya rela dimadu asalkan kami mendapat zuriat. Sudah 11 tahun kami berkahwin tetapi belum ada anak. Bapa mentua saya teringin sangat melihat cucu daripada anak lelakinya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Semua ini akan saya lakukan secara terus terang kerana keluarga pun tahu. Suami amat menyayangi saya dan dia mahu isteri keduanya nanti turut menghormati saya. - ANI
PENGAKUAN 2
(Isteri curang)
SAYA menduda kira-kira lima tahun gara-gara wanita tempatan. Apa yang membuatkan saya begitu kecewa, saya kahwin tak sampai setahun. Hanya dalam tempoh dua bulan selepas kahwin saya dapat tahu bekas isteri saya menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang, itupun dengan kuasa dan ketentuan Allah.
Ketika itu saya dan bekas isteri bertukar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan secara tiba-tiba SMS si isteri bertukar menjadi lain. Dia mahu menghantar SMS kepada kekasih gelapnya tetapi terhantar kepada saya dan sejak daripada itu saya tahu dia curang.
Apabila tembelangnya pecah, dia terus meminta cerai dengan alasan ‘tiada hati’ dengan saya. Namun, sebelum itu saya sudah mengesyaki ada yang tidak kena dengan bekas isteri kerana pada malam pertama saya dapati dia sebenarnya bukan anak dara lagi. - DIN