SHAH ALAM: Seorang bapa memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, dia mempunyai dua calon menantu lain sebelum anak gadisnya yang menikahi pelakon dan penyanyi popular 80-an, Raisuddin Hamzah, di Songkhla, Thailand, pada awal 2007.
Suberi Abdullah, 50, berkata, sepanjang pengetahuannya, Siti Fatimah, 23, ada berkawan dengan anak doktor dikenali sebagai Along dan seorang daripada anak Raisuddin yang bernama Hamzah.
Lelaki yang mengusahakan perniagaan restoran itu mendakwa, dia mengenali kedua-dua lelaki yang dikatakan calon menantunya itu tetapi menafikan pernah menemui kedua-dua mereka. “Dia (Raisuddin) tidak sepadan dengan umur anak saya,” katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan permohonan memfaraqkan (membubarkan) pernikahan Raisuddin dan Siti Fatimah, semalam.
Raisuddin, 54, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran selepas menyeberang sempadan negara pada sambutan tahun baru 2007.
Jarak usia pasangan itu adalah 30 tahun. Bapa Siti Fatimah, Suberi kemudian memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan pernikahan anaknya itu.
Kes faraq itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah oleh Raisuddin dan Siti Fatimah. Suberi berkata, Siti Fatimah tidak pernah memaklumkan mengenai pernikahan di Songkhla itu, malah mendakwa anaknya itu dan Raisuddin tidak pernah meminta izin untuk mendirikan rumah tangga. “Dia (Siti Fatimah) masih menuntut di Universiti Industri Selangor (Unisel), kampus Berjuntai Bestari, saya tunggu-tunggu (pada hari kejadian), dia tidak balik-balik,” katanya.
Menurutnya, Siti Fatimah tinggal di asrama dan kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu adalah ketika cuti Aidiladha 2006.
Suberi berkata, dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas anaknya itu bernikah dengan Raisuddin.
Perbicaraan di hadapan hakim Syarie Zainor Rahid Hassin bersambung 23 Februari depan.
Anak dia, bukan dia
ReplyDeleteE-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel