... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, August 17, 2010

“Sanayah masih belajar dan di bawah umur. Saya tidak kisah jika Adam mahu berunding, tetapi jangan sampai melarikan anak gadis orang - SILAP2 DCAJ RGL

Penangan SMS Adam
Oleh Sahlina Sahkirin
am@hmetro.com.my
2010/08/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MERSING: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyulam kasih dengan teman lelakinya yang berasal dari Lombok sebelum menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Felcra Sungai Ambat di sini, Ahad lalu.
Sanayah Abas, 17, dikatakan mengenali lelaki berkenaan ketika pulang dari sekolah sebelum bertukar-tukar nombor telefon dan berbalas SMS hingga menimbulkan bibit cinta.


Akhirnya, selepas puas menahan gelora rindu, pasangan berkenaan melarikan diri dengan menaiki bas jam 8 pagi hari kejadian.


Ibu Sanayah, Asiah Yahya, 37, berkata Sanayah yang juga anak ketiga daripada enam beradik tidak memaklumkan apa-apa ketika keluar dari rumah.


“Dia keluar sehelai sepinggang dan tidak membawa dokumen peribadi lain untuk mengikut teman lelaki dari Lombok dikenali sebagai Adam berusia 27 tahun.


“Saya dan suami, Abas Salleh, 38, banyak kali menghubungi telefon bimbit Sanayah, tetapi ia dijawab Adam,” katanya kecewa.


Pasangan suami isteri itu mengatakan Adam bekerja di Felcra berkenaan sejak tahun lalu dan dikenali penduduk di sana.


Abas pula mengatakan dia tidak memarahi Sanayah dan Adam sekiranya mereka mahu berunding.


“Sanayah masih belajar dan di bawah umur. Saya tidak kisah jika Adam mahu berunding, tetapi jangan sampai melarikan anak gadis orang.


“Saya sayangkan Sanayah dan tidak lama lagi, dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Sejak dia melarikan diri, saya sukar melelapkan mata selain gagal bertugas seperti biasa kerana asyik terkenangkan anak saya itu.


“Pulanglah nak, siang dan malam ayah dan mak ingatkan kamu. Setiap kali berbuka, pasti air mata mengalir memikirkan kamu nak,” katanya.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Ambat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 019-7075736, 013-7472540 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment