GOMBAK: Keterangan suri rumah mengenai dua wanita menunggang motosikal dipercayai bertanggungjawab dalam kejadan buang bayi di Taman Pelangi, Rawang, kelmarin belum mencukupi untuk membolehkan polis mengenal pasti mereka.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana suri rumah, R Punitha,24 gagal mengecam wajah dua wanita meletakkan bayi lelaki baru dilahirkan itu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.
“Kami merakam percakapan saksi itu, tetapi apabila diminta mengecam suspek, dia gagal berbuat demikian kerana tidak melihat mereka dari jarak dekat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, saksi berkenaan hanya nampak kelibat dua wanita dari jarak jauh kerana mereka pantas memecut motosikal apabila menyedari diperhatikan.
Mengenai keadaan bayi lelaki itu, Abdul Rahim berkata, dia kini berada di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
No comments:
Post a Comment