... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, June 21, 2011

seperti yang dijangkakan RATU syaitan betina menjerit tak tentu pasal...

‘Lemahkan institusi keluarga’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya insentif diberikan kepada suami atau ketua keluarga yang menjaga isteri dan anak dengan baik. Beri insentif sebegini (kepada suami berpoligami) hanya akan melemahkan institusi keluarga.”

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai kesediaan Kerajaan Kelantan untuk memberikan insentif khas sama ada wang atau sumbangan lain kepada lelaki yang mengamalkan poligami di negeri itu.


Shahrizat berkata, tindakan kerajaan Pas Kelantan itu lebih kepada usaha untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini menunjukkan mereka terdesak mencari isu untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya yang dihubungi, semalam.


Menurutnya, tindakan Kerajaan Kelantan itu tidak akan membantu memperkukuh nilai kekeluargaan di negara ini sebaliknya ia hanya gimik politik.


“Kementerian berpendapat institusi keluarga tidak boleh diperlekeh dan dipandang rendah. Malaysia dan negara Islam lain komited untuk meletakkan hubungan kekeluargaan di tahap yang baik dan disanjung tinggi.

“Sewajarnya penghargaan diberikan kepada suami yang menunjukkan kesungguhan menjaga isteri dan keluarga dengan baik, bukan yang hendak menambah isteri. Tanggungjawab utama suami ialah menjaga keluarga terutama anak-anak,” katanya.


Sementara itu, pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, menyambut baik cadangan suami yang berpoligami diberi insentif kerana langkah itu secara tidak langsung membantu suami terbabit menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

Click Here

“Perkara baik mesti disokong, cuma jangan ada pihak mengambil kesempatan. Bagi saya, rezeki datang daripada Allah dan Alhamdulillah, saya mampu menyara keluarga dengan rezeki yang diperoleh,” katanya yang dihubungi, semalam.


Beliau yang memiliki empat isteri berkata, walaupun ada pihak yang berpandangan negatif terhadap suami yang berpoligami, hakikatnya ia selaras dengan sunnah Rasulullah.


“Saya tidak menjangka akan berkahwin lagi, ini bahagian saya dan mungkin satu ujian, tetapi saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan Allah,” katanya.

No comments:

Post a Comment