KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam menasihatkan wanita tempatan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan bagi mengelak terperangkap agenda tersembunyi bakal suami, khususnya membabitkan warga asing yang menjadi trend baru pernikahan sekarang.
Beliau berkata, pernikahan hendaklah berlangsung mengikut adat dan hukum syarak serta menggunakan jurunikah bertauliah mengikut kariah masing-masing serta mengelak kahwin lari atau secara tersembunyi terutama di selatan Thailand.
“Saya dapati trend pernikahan membabitkan warga asing dan wanita tempatan di selatan Thailand semakin meningkat dan membimbangkan. Satu jalan penyelesaian perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan berkahwin di negara jiran.
“Saya tidak menolak kemungkinan ramai penduduk Perlis yang bersempadan dengan Thailand turut mengambil kesempatan berkahwin di sana (selatan Thailand) kerana dianggap mudah tanpa memikirkan kesan di segi jangka panjang perkahwinan terbabit,” katanya ketika ditemui di Dewan 2020, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment