... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, April 26, 2011

banyak lagi kerja lain yang LEBIH berfaedah...

Gempur penjaja jajan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/27
Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapai

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.
Berikutan itu, beberapa pertubuhan meminta pihak berkuasa tempatan segera menguatkuasakan larangan terhadap peniaga dan penjaja ini yang menjadi antara faktor penyumbang masalah pemakanan pelajar ketika di sekolah.
Menurut mereka, kebanyakan daripada senarai 15 barangan yang dilarang dijual di sekolah, sebenarnya tidak dijual di kantin, sebaliknya dijual peniaga dan penjaja di luar sekolah dalam bas dan van sekolah serta kedai berhampiran sekolah.

Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.

Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
“Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.

“Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.

“Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga,” katanya.

Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.

“Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka,” katanya.

Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.

“Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah

No comments:

Post a Comment