RM2,000 nikah di hotel
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my DANOK (Selatan Thailand): Pasangan yang cuba menyelesaikan masalah mereka dengan bernikah di pekan ini, bakal berdepan masalah lain apabila tanpa disedari, mereka sebenarnya menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah yang mengeluarkan sijil nikah palsu.
Selain itu, terdapat juga upacara pernikahan ‘ala koboi’ kerana ia dilangsungkan dalam bilik hotel murah di pekan ini dengan hanya bersaksikan serta ‘diwalikan’ rakan atau kenalan pasangan itu.
Pada masa sama, setiap pasangan dikehendaki membayar antara RM2,000 dan RM2,500 bergantung kepada permintaan jurunikah termasuk kos pengangkutan, broker, saksi serta khidmat jurunikah berkenaan.
Difahamkan, ada juga sindiket turut menjual sijil nikah palsu seakan-akan asli apabila menggunakan cop imam yang menikahkan pasangan itu, tetapi ia hanya akan terbongkar apabila pasangan terbabit datang untuk mendaftar pernikahan mereka di negara itu.
Perkara itu didedahkan Sufian Ismail selaku seorang imam di pekan ini yang mendakwa sudah menikahkan lebih 500 pasangan bermasalah dari Malaysia sejak 18 tahun lalu di tingkat atas sebuah restoran makanan Islam, tetapi mendakwa hanya menjalankan pernikahan jika pasangan terbabit membawa wali yang sah.
Sufian, 58, berkata, setakat ini, dia berjaya mengesan satu pasangan yang mendakwa bernikah melalui sindiket di sebuah bilik hotel di pekan itu dengan bayaran RM2,000, tetapi gagal mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment