... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Sunday, February 20, 2011

BUKTI TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN PASARAN NIKAH LUAS...

Warga Bangladesh cabul tukang sapu dicekup


2011/02/21
SEGAMAT: Polis menahan seorang warga Bangladesh, di Batu Berendam Melaka, Rabu lalu, selepas dipercayai mencabul seorang tukang sapu wanita tempatan, di sebuah rumah di Kampung Gemereh, di sini, sebulan lalu.

Suspek yang berusia 24 tahun bekerja secara kontrak untuk menghapus anai-anai di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini, sebelum mengenali mangsa di institusi terbabit dua bulan lalu.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi 17 Januari lalu, suspek mempelawa mangsa berusia 26 tahun keluar minum ketika waktu rehatnya sebelum membawa wanita itu ke sebuah rumah di Kampung Gemereh.
Suspek menghidangkan secawan air kepada mangsa sebelum mengarahkan wanita terbabit membuka pakaian dan mengajak melakukan hubungan seks.

Mangsa yang ketakutan enggan mengikut arahan suspek, namun akur apabila suspek mengugut akan mencederakannya jika wanita berkenaan tidak mengikuti kehendaknya.

Melihat mangsa dalam ketakutan dan hanya berdiam diri, suspek meraba payu dara serta alat sulit wanita itu dan kembali ke IPTA tempat mereka bekerja apabila menyedari waktu rehat hampir tamat.

Suspek mengugut akan mencederakan keluarga mangsa jika kejadian itu dimaklumkan atau membuat laporan polis.
Mangsa berdiam diri hampir sebulan dan mengalami trauma sehingga 12 Februari lalu, apabila beliau terlihat van berlegar-legar di depan rumahnya di Pekan Jementah, di sini, yang mirip kenderaan digunakan suspek, kira-kira jam 8 pagi.

Wanita berkenaan yang ketakutan itu memaklumkan kejadian cabul kepada ibunya sebelum dibawa Balai Polis Pekan Jementah untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Md Ali berkata, suspek yang mempunyai taraf pemastautin tetap (PR) di negara ditahan jam 6.44 petang Rabu lalu, di Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka. Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment