‘Bila kita bernikah?’
SHAH ALAM: Seorang isteri mendakwa menempuh kehidupan penuh celaru hampir setahun selepas suaminya lari mengikut seorang wanita warga Indonesia.
Mangsa, Halimatun Sa’diah Mhd Sirat, 37, mendakwa suaminya, Mohamad Shah Mochtar, 50, mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah selepas mengenali wanita terbabit yang dikenali sebagai Yani, 29.
Katanya, lebih memilukan suami yang dikahwini sejak 14 tahun lalu itu kini tinggal serumah dengan wanita terbabit tanpa ikatan sah di Sungai Serai, Kajang, dekat sini dan tidak lagi pulang ke rumahnya di Seksyen 24, di sini.
“Dia tidak pulang sejak Ogos lalu dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan anak perempuannya.
“Saya syak dia menjadi mangsa bomoh wanita terbabit kerana apabila saya bertemunya dia tanya bila dia bernikah dengan saya,” katanya di sini, semalam.
Halimatun berkata, suaminya yang bekerja sebagai kontraktor dan memegang status penduduk tetap (PR), manakala wanita terbabit seorang pembantu rumah yang melarikan dari daripada majikannya.
Berikutan kejadian itu, Halimatun membuat satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 16, di sini selain mengadu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kejadian itu tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Dia kini membantu rakannya berniaga kecil-kecilan di pusat beli-belah di Seksyen 18, di sini bagi menyara kehidupannya bersama anak perempuan berusia lapan tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment