... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, February 1, 2011

jadi orang islam di malaysia rugi, dah lah nak berzina @ memiliki girlfriendS ditangkap khalwat, mau nikah di luar negara @ poligami pun kena dakwa...

Lelaki disyaki khalwat sesak nafas sorok bawah katil


2011/02/01
ALOR SETAR: Seorang lelaki hampir pengsan akibat sesak nafas selepas menyorok terlalu lama di bawah katil yang sempit ketika cuba mengelak daripada dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di hotel murah Jalan Bukit Pinang, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, percubaan lelaki itu untuk memboloskan diri gagal apabila anggota penguat kuasa JAIK menemuinya dalam keadaan baring dengan hanya memakai seluar pendek tanpa baju ketika pihak berkuasa mengangkat tilam pada katil berkenaan. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki yang bekerja sebagai pesawah itu dicekup bersama pasangannya berusia 20-an yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Jitra. Ketua Operasi JAIK, Mat Nasir Md Dali berkata, pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di hotel murah itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati pintu bilik yang disewa pasangan itu terkunci daripada dalam manakala keadaan di luar hotel itu cerah.

Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu bilik dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar.

Beliau berkata, pada mulanya wanita itu memberi alasan menyewa seorang diri di situ dan hasil pemeriksaan rambang tidak menemui sesiapa bersamanya pada waktu itu.

"Bagaimanapun, ketika hendak melangkah keluar dari bilik itu, kami menemui barangan milik lelaki terbabit dan mengesyaki dia masih berada dalam bilik itu. Anggota JAIK yang membuat pemeriksaan menyeluruh selepas itu, menemui lelaki terbabit di bawah katil dalam keadaan ketakutan dan hampir sesak nafas," katanya, di sini, semalam.
Mat Nasir berkata, pasangan itu memberi alasan baru masuk menyewa di hotel terbabit dan merayu supaya dilepaskan kerana bimbang perbuatan mereka diketahui keluarga masing-masing.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan maksiat dan dibawa ke Balai Polis Kepala Batas, di sini untuk dibuat laporan tangkapan, katanya.

No comments:

Post a Comment