... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, February 1, 2011

kelab nikah siam?

Kelab Putera 1Malaysia lebar sayap ke luar negara
Daripada Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2011/02/01
Beri peluang pelajar kita di seluruh dunia jadi anggota

BRISBANE (Australia): Kelab Putera 1Malaysia akan melebarkan sayapnya ke luar negara bagi membolehkan pelajar Malaysia di seluruh dunia menganggotainya dengan menjadikan Australia sebagai negara pertama penubuhan kelab itu. Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata cadangan pelancaran kelab luar negara itu tercetus selepas pertemuannya dengan pelajar Malaysia di Brisbane sempena kunjungan misi kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir di sini. “Dalam pertemuan dan dialog dengan pelajar terbabit, mereka mengesyorkan Kelab Putera 1Malaysia diperluaskan untuk pelajar Malaysia di seluruh dunia, bermula di Australia.

“Saya akan membawa balik cadangan ini dan mengesyorkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan.

“Kebetulan Perdana Menteri juga dijadualkan melawat Australia, Mac ini. Jika berkesempatan dan diluluskan, kita akan lancarkan Kelab Putera 1Malaysia di sini dengan penyertaan pelajar tanpa mengira kaum,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di Bilik Gerakan Banjir di Hawken Drive, St Lucia dekat sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, dalam kunjungan sempena misi kemanusiaan selama empat hari ke sini, bermula Jumaat lalu, beliau merumuskan Kelab Putera 1Malaysia kini dilihat sebagai NGO yang terbabit dengan kerja kebajikan seperti yang dilakukan di Gaza, Palestin dan Pakistan serta beberapa tempat lain.
Beliau mengakui bangga dan teruja melihat kesepakatan kukuh di kalangan pelajar berbilang kaum Malaysia, walaupun mereka berada di perantauan.

“Ini terbukti ketika saya ke Towoomba (menemui pelajar Malaysia), mereka bertanya sama ada rakan mereka di Brisbane sudah menerima bantuan (kerana) jika tidak, mereka lebih rela bantuan itu diberikan kepada pelajar terbabit.

“Ungkapan ikhlas itu jelas lahir daripada hati sanubari mereka," katanya.

Abdul Azeez berkata, beliau turut dimaklumkan pihak universiti memuji pelajar Malaysia kerana bersatu dan komited untuk menubuhkan jawatankuasa khas bencana banjir apabila berlaku tsunami darat.

“Mereka adalah kumpulan pertama menubuhkan jawatankuasa itu di bawah Kelab Persatuan Pelajar Malaysia Queensland University (QU),” katanya.

Selain itu, katanya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Australia turut melaksanakan tanggungjawab secara proaktif bagi membantu pelajar Malaysia yang menjadi mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment