... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Friday, February 4, 2011

masuk mihas 6-9 april kLcc ok gak selain matta fair...

Mihas utama kualiti
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
Datuk Mohamad Kamarudin Hassan
Datuk Mohamad Kamarudin Hassan

PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia 2011 (Mihas 2011) yang akan berlangsung April depan dijangka menjana nilai transaksi lebih tinggi berbanding tahun lalu walaupun jumlah penyertaan dihadkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mohamad Kamarudin Hassan berkata, acara yang berlangsung dari 6 hingga 9 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dijangka disertai kira-kira 32 negara.


“Daripada 32 negara yang akan menyertai Mihas tahun ini, hanya 514 peserta mengambil bahagian berbanding lebih 600 peserta pada tahun lalu.

“Ini berikutan kami mengenakan beberapa syarat dalam memilih syarikat yang mahu turut serta dalam acara ini. Namun, kami yakin jumlah penjualan yang akan dijana lebih tinggi berbanding tahun lalu berikutan kami menekankan aspek kualiti,” katanya kepada Bisnes Metro.


Menurutnya, syarikat yang mahu mengambil bahagian tahun ini perlu memenuhi kriteria ditetapkan termasuk mempunyai rekod perniagaan yang baik.


“Bagi Mihas 2011, kami mengutamakan syarikat yang aktif menjalankan perniagaan khususnya membabitkan aktiviti eksport kerana mahu penganjuran Mihas tampak lebih serius dengan mengetengahkan syarikat berpotensi,” katanya.

Beliau berkata, bagi 2011, pihaknya menetapkan nisbah 70 kepada 30 peratus bagi penyertaan syarikat tempatan dan luar negara.


“Daripada keseluruhan jumlah penyertaan ini, kira-kira 70 peratus adalah syarikat tempatan manakala selebihnya syarikat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pada tahun lalu, hasil jualan pada acara itu mencecah RM70.9 juta dan jualan berpotensi sebanyak RM1.15 bilion.


Antara produk atau sektor tertinggi yang mendapat perhatian pembeli tahun lalu adalah produk berasaskan minyak sawit, makanan dan minuman diproses, konfeksi, kosmetik serta produk penjagaan kulit.


Antara 10 negara utama dengan nilai sumber tertinggi ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ukraine, Australia, Jepun, Maghribi, Singapura, Vietnam, China, Hong Kong dan Afrika Selatan

No comments:

Post a Comment