... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Sunday, July 18, 2010

depa pening tak habis...

Masuk fasa bencana sosial

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

2010/07/19
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

KUALA LUMPUR: Kegiatan seks bebas dan kelahiran anak luar nikah tidak wajar lagi dianggap gejala sosial tetapi lebih sesuai digelar ‘bencana sosial’ berikutan penambahan kes berkenaan saban hari.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkata, kes remaja hamil luar nikah yang semakin berleluasa di negara ini menjadi penanda sudah sampai masanya semua pihak memikirkan cara lebih efektif bagi menanganinya bukan sekadar melalui kempen media.


“Di Kewaja saja, sejak 1996 hingga Mei 2010 2,720 remaja dan wanita hamil luar nikah sama ada mangsa rogol atau kerelaan sendiri direkodkan.


“Malah, hasil pertemuan dengan pengusaha rumah perlindungan lain mendapati jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun hingga ada antara pusat berkenaan tidak cukup menampung bilangan penghuninya,” katanya.


Katanya, walaupun bahana akibat perbuatan itu kerap didedahkan pihak media sebelum ini, ia masih tidak cukup menakutkan remaja daripada melakukan perkara tidak bermoral hingga hamil luar nikah, malah bilangannya terus bercambah setiap hari.


“Angka itu masalah besar yang membimbangkan dan menakutkan. Justeru, apabila sudah menjadi bencana tak boleh kata ini tanggungjawab jabatan agama, pihak polis, badan bukan kerajaan atau terletak di bahu pihak tertentu saja.


“Hari ini bukan masanya untuk menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus memikirkan peranan dan tanggungjawab bersama bila berdepan ‘bencana’ ini,” katanya.


Katanya, masalah itu ibarat wabak yang memerlukan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ia menular dengan lebih serius.


“Maknanya, jika di pusat beli-belah kita hanya melihat perlakuan menjolok mata seolah-olah menghalalkannya, apa salahnya menegur perbuatan itu dengan baik dan berbudi bahasa untuk menunjukkan keprihatinan kita.


“Kita perlu prihatin dengan konteks sebenar, iaitu mencegah lebih baik daripada merawat atau menyalahkan orang lain tanpa mencari penyelesaian,” katanya.


Berhubung dakwaan bahawa kewujudan pusat perlindungan menggalakkan kes sedemikian, beliau menegaskan anggapan itu tidak benar kerana pusat seumpama itu menyelamatkan gadis terlanjur yang tiada hala tujuan.

“Samalah seperti kerajaan buka lebih banyak hospital, adakah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat sakit atau buka pusat serenti untuk menggalakkan lebih ramai yang menyalahgunakan dadah? “Begitu juga dengan mewujudkan penjara, adakah untuk menggalakkan penjenayah? Realitinya perkara tidak baik ini tiada galakan, ia datang dari unsur lain.


“Wujudnya pusat ini untuk menyelamat. Andai kata tak wujud, jika terjadi begini mereka tidak tahu ke mana mahu mengadu, adakah kita lebih rela disajikan setiap hari dengan kes pembuangan bayi?” soalnya.

No comments:

Post a Comment