Terbayang dosa silam
Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang bapa yang membelasah isteri dan bayi hanya kerana anak sulungnya itu dilahirkan sebagai perempuan berkemungkinan berlaku disebabkan dia dibayangi dosa silam terhadap wanita sebelum ini.
Perasaan bimbang apa yang dilakukannya terhadap wanita berulang dipercayai mendorong dia melepaskan kemarahan sehingga mengasari isteri dan bayinya.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, kebiasaannya, isu bayi tidak diinginkan timbul apabila pasangan suami isteri sentiasa memperoleh cahaya mata jantina sama.
“Misalnya, anak sulung hingga ketiga lelaki, sudah tentu pasangan itu berharap mendapat bayi perempuan sebagai anak keempat namun masih lagi lelaki.
“Kegagalan itu menyebabkan bayi berkenaan disisihkan ibu bapanya dan apabila dewasa sudah tentu timbul masalah antara dia dengan keluarga.
“Namun dalam kes yang dilaporkan Harian Metro hari ini (semalam) saya berpendapat lelaki itu sebenarnya takut dengan bayi perempuannya berkemungkinan akibat kesalahan silam dia dan tidak mahu dosa itu berulang menimpa dirinya pula,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang bapa yang tergamak mengasari isteri dan bayi perempuan mereka hanya kerana anak sulung itu bukan lelaki.
Sejak isterinya hamil dan dimaklumkan doktor anak dalam kandungan itu perempuan, wanita berkenaan sering dipukul malah apabila anak mereka dilahirkan, bayi tidak berdosa terbabit dipukul sehingga usianya kini lima bulan.
Dua beranak itu bagaimanapun bernasib baik apabila lelaki itu terlupa mengunci pintu menyebabkan mereka berjaya melepaskan diri sebelum melaporkan kejadian kepada polis.
Hanafi berkata, tindakan undang-undang yang tegas perlu dikenakan terhadap bapa itu kerana dia bukan saja mendera isterinya malah bayi yang tidak tahu apa-apa.
“Saya amat sedih kerana bayi yang tidak berdosa turut menjadi mangsa amarah bapanya sedangkan dia tidak tahu apa-apa.
“Saya harap tindakan tegas dapat diambil sebagai pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Thursday, July 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment