Remaja lembam hamil dinoda anak saudara
2010/07/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Seorang pelajar tingkatan tiga di Batang Tiga, dekat sini, yang dikategorikan sebagai lembam menjadi mangsa kerakusan nafsu anak saudaranya sendiri apabila dirogol pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, perbuatan anak saudara mangsa, penganggur berusia belasan tahun itu terbongkar apabila mangsa mengadu kepada kakaknya yang dia dirogol suspek hingga hamil lima bulan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama seorang lagi kakaknya.
Menurutnya, suspek kemudian ditahan pada hari sama selepas seorang kakak mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.
“Suspek kini direman tujuh hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana rogol atau sumbang mahram yang boleh membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan denda,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment