Monday, July 12, 2010
tapi bila kahwin awal kena tangkap pulok...
Kadar kelahiran penduduk Malaysia dijangka terus merosot
2010/07/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Kadar kelahiran penduduk Malaysia yang menurun kepada 2.2 peratus dua tahun lalu berbanding 2.6 peratus pada 2000 dijangka terus merosot jika trend melengahkan perkahwinan, merancang kelahiran dan kesibukan kerja terus diamalkan rakyat di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, jika tiada usaha dan tindakan segera dilakukan pihaknya khuatir kadar kelahiran bukan saja akan terus menurun malah akan menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan.
“Kos sara hidup yang semakin tinggi juga menjadi faktor pasangan suami isteri mengambil keputusan mengehadkan jumlah kelahiran anak. Pada masa sama, kita melihat peningkatan wanita dalam pekerjaan turut menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran ini.
“Apabila kadar kelahiran menurun, kita dapati bilangan warga emas di negara ini semakin meningkat berbanding jumlah golongan muda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘Penduduk, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim’ sempena Hari Penduduk Sedunia, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman. Heng berkata, bagi menyelesaikan masalah berkenaan, individu perlu berperanan penting terutamanya dalam menyelesaikan isu membabitkan kehidupan berkeluarga.
“Keputusan adalah di peringkat individu sama ada nak kahwin atau tidak, nak melengahkan perkahwinan, atau mahu berapa anak dalam keluarga,” katanya.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/13/nation/6653397&sec=nation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment