... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Wednesday, July 21, 2010

kasihan kepada mangsa, pemangsa & masyarakat...

Diratah 5 lelaki
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

2010/07/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JEMPOL: Sekumpulan lima lelaki jahanam sanggup menjadikan rumah kosong tempat merogol seorang remaja wanita yang juga pekerja kedai makan di Bahau, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 17 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh lima suspek terbabit termasuk seorang yang dikenalinya.


Mangsa sebelum itu dikatakan diumpan pergi ke rumah berkenaan oleh seorang lelaki dikenalinya sebelum tiba-tiba empat lagi lelaki muncul lalu merogol mangsa bergilir-gilir.


Harian Metro difahamkan, gadis malang itu mulanya merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian, namun kumpulan lelaki itu yang seolah-olah dirasuk tidak mempedulikan rayuan mangsa.


Tragedi malang gadis itu bermula apabila dia menemui kenalannya di sebuah hentian bas di sini sebelum diumpan pergi ke rumah berkenaan dengan membonceng motosikal suspek.


Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek mengikutnya ke rumah berkenaan, tetapi tidak lama kemudian datang empat rakan suspek yang terus merogol remaja itu.


Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumahnya kira-kira dua jam kemudian.


Remaja itu kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya dan membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad yang mengesahkan kejadian itu berkata, sebaik menerima laporan mangsa, polis terus melakukan siasatan.


“Polis kemudian menahan empat suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun di sekitar tempat kejadian tidak lama selepas menerima laporan mangsa. “Suspek pertama yang membawa mangsa ke rumah kosong itu turut diberkas,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, berikutan itu, polis masih mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang turut terbabit dalam kejadian itu.

Menurutnya, empat suspek itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


“Polis menasihatkan wanita terutama remaja lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.


“Jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki baru dikenali bagi mengelak diri menjadi mangsa,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment