Remaja cabul sepupu 4 tahun ditahan
2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang remaja menjadikan sepupunya yang berusia empat tahun sebagai mangsa pemuas nafsu peliknya apabila sanggup menjolok jari ke dalam kemaluan kanak-kanak itu.
Kejadian terbabit berlaku di sebuah rumah di Taman Keramat, di sini, Jumaat lalu ketika kanak-kanak malang itu ditinggalkan di rumah neneknya untuk dijaga kerana ibunya mempunyai urusan kerja.
Bagaimanapun, ibunya yang pulang dari kerja kemudian mengambil mangsa dan perbuatan keji dilakukan remaja berusia 17 tahun itu terbongkar ketika wanita itu mahu memandikan mangsa.
Menurut sumber, kejadian disedari apabila kanak-kanak terbabit mengadu kemaluannya sakit ketika ibunya itu mahu memandikannya.
“Ibunya yang hairan kemudian bertanyakan mangsa mengapa dia berasa sakit sebelum terkejut apabila diberitahu ia angkara sepupunya.
“Kanak-kanak itu menceritakan sepupunya memasukkan jari ke dalam kemaluan ketika mereka berada di rumah nenek,” katanya.
Menurutnya, mendengar pengakuan itu, wanita berkenaan kemudian terus menghubungi ibu mentua dan juga kakak iparnya untuk bertanyakan kesahihan cerita terbabit.
“Bagaimanapun, ibu mentua dan kakak iparnya mengatakan yang mereka langsung tidak tahu menahu berhubung kejadian berkenaan sebelum mereka meminta wanita terbabit membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital.
“Wanita itu kemudian membawa anaknya menjalani pemeriksaan doktor sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa dan juga penahanan remaja terbabit.
“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan remaja itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia berada di balai polis untuk membuat laporan.
“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.
Sehubungan itu katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap remaja terbabit.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment