... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Tuesday, July 20, 2010

pabila lowyar pong ngok ngek...

Minda: Mengekang kelahiran anak tidak sah taraf


2010/07/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENINGKATAN jumlah kelahiran anak luar nikah di negara ini begitu menakutkan. Menurut angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini adalah perkembangan yang memerlukan satu tindakan segera untuk menanganinya iaitu melalui pelan tindakan berkesan. Ini kerana sekiranya jumlah yang berdaftar sudah mencecah angka berkenaan, bagaimana pula dengan yang tidak berdaftar dan sudah tentu angkanya lebih tinggi.
Sementara itu, dalam jangka waktu lapan tahun iaitu dari 2000 hingga 2008 merekodkan sejumlah 257,000 kanak-kanak di negara ini yang lahir dan didaftarkan sijil kelahirannya tanpa nama ayah bayi berkenaan. Setiap tahun, kelahiran sedemikian semakin meningkat, contohnya pada 2007 terdapat sejumlah 16,100 meningkat kepada 16,541 setahun kemudian dan pada tahun lalu mencapai ke tahap 17,303. Jika mengambil kiraan purata, bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 84 kes setiap hari atau tujuh anak luar nikah dilahirkan bagi setiap dua jam.


Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang 2009 apabila bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008, 16,541 anak luar nikah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) manakala pada 2007, 16,100 orang. Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam dan ini sungguh memalukan serta perlu dibendung segera agar tidak menjadi virus berbahaya dalam masyarakat. Sepanjang tempoh ini juga (2004 sehingga 2009), krisis moral yang berlaku menjadi lebih parah lagi dalam masyarakat kita apabila rekod menunjukkan sejumlah 214,033 bayi daripada pelbagai bangsa di negara ini iaitu angka yang sangat besar didaftarkan secara rasmi dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa seramai 104,834 dan juga 109,199 mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). Mengikut Seksyen 13 Akta 299, seseorang bayi itu boleh dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara dan ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Malah, bayi yang dilahirkan kurang enam bulan daripada tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama menurut peruntukan undang-undang berkenaan. Selanjutnya, bagi anak atau bayi pasangan bukan Islam pula, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009 juga, pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Sementara itu, kebiasaannya bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam akan diletakkan nama mereka diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan daripada Asma Al-Husna iaitu nama Allah seperti Abdul Rahman, Abdul Rahim, Abdul Malik dan sebagainya. Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. Berdasarkan kajian Institut Integriti Malaysia (IIM), antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial yang membawa kepada masalah kelahiran anak luar nikah ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat apabila 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai ‘gila Internet’ dan mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.


Perkenalan melalui facebook dan laman sosial lain seperti Twitter, My Space, laman berbual maya di samping SMS dan MMS yang akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran termasuk berzina yang diharamkan agama. Masalah ini berlaku jika masyarakat hari ini hilang nilai agama serta tidak lagi memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini. Akibatnya, perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan sejak 2004, 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar 102 kes pada 2008.


Penyebaran dan penyaluran maklumat secara berleluasa serta tidak terkawal juga menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih mudah terdedah kepada budaya buruk yang bertentangan dengan ajaran agama serta amalan masyarakat di negara ini. Keadaan ini tanpa disedari secara perlahan meresap dan berakar ke dalam diri mereka serta mempengaruhi cara hidup dalam pergaulan mereka seharian. Fenomena negatif ini sangat mengerikan kerana ia turut membabitkan generasi muda yang bakal menjadi peneraju dan pemimpin negara ini.


Sehubungan itu, semua pihak dalam masyarakat perlu memberi tumpuan kepada didikan agama yang komprehensif bagi melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia dengan menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian mereka seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing bagi mengelak menjalarnya amalan zina dalam masyarakat serta pergaulan bebas tanpa batasan.


Dalam usaha menangani masalah serius yang membelenggu masyarakat kita ketika ini, kerjasama bersepadu membabitkan semua pihak termasuk beberapa jabatan terbabit termasuk polis, Jabatan Agama Islam, NGO Islam serta jawatankuasa belia dan sukan negeri perlulah ditingkatkan. Di samping itu, program motivasi, penerangan dan kursus keagamaan sedia ada hendaklah ditambah nilai dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda agar tidak terdedah serta terjebak dengan gejala negatif dan keji berkenaan.

>Penulis ialah seorang peguam

No comments:

Post a Comment