Singkap tabir maksiat
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang wanita Indonesia bersama kekasihnya seorang lelaki warga Bangladesh tidak kisah berasmara di ruang tamu rumah flat yang disewa mereka dengan hanya ditutup tabir kain walaupun kadangkala dilihat tiga lagi rakannya yang turut menyewa rumah sama.
Lebih menyedihkan, pemilik rumah berkenaan yang juga seorang wanita warga Indonesia seolah-olah merelakan perbuatan terkutuk itu kerana yang penting sewa dibayar mengikut tempoh ditetapkan.
Malah, sewa rumah itu juga menjadi sumber pendapatan warga emas terbabit.
Bukan pasangan itu saja, malah rakannya juga seorang wanita Indonesia bersekedudukan dengan seorang lelaki Indonesia di sebuah bilik lain rumah berkenaan.
Bagaimanapun, rumah yang tidak ubah seperti pusat maksiat itu diserbu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) awal pagi semalam.
Menurut jurucakap Jawi, operasi yang dijalankan kira-kira jam 2.30 pagi bersama tujuh anggota itu dilakukan berdasarkan maklumat awam.
Katanya, ketika serbuan, mereka terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum pintu dibuka dipercayai mereka bertukar tempat tidur bagi mengaburi mata pihaknya.
“Kami ada mendengar bunyi bising di dalam rumah berkenaan ketika pintu diketuk, malah mereka mengambil masa agak lama untuk membuka pintu.
“Selepas pintu dibuka, mereka didapati berada berasingan dan tidak seperti maklumat yang diterima,” katanya.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan dijalankan, mereka akhirnya mengaku pernah tidur bersama walaupun belum berkahwin.
Katanya, ketika masuk ke dalam rumah berkenaan, dua lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an termasuk tuan rumah berada di dalam rumah berkenaan.
“Tiada di kalangan mereka yang dapat membuktikan mereka mempunyai hubungan perkahwinan mahupun keluarga,” katanya.
Jurucakap berkata, ketika serbuan, lelaki warga Bangladesh yang menjadi kekasih kepada seorang wanita warga Indonesia itu tiada di rumah cuma seorang lagi wanita yang bersekedudukan dengan seorang lelaki Indonesia yang berada dalam rumah itu.
Katanya, siasatan lanjut mendapati semua pasport mereka yang berada dalam rumah berkenaan kecuali pemilik rumah itu sudah tamat tempoh.
“Mereka semua kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 (A)(B) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (559) kerana berkhalwat,” katanya.
Thursday, July 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment