... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Thursday, July 22, 2010

PABILA WANITA LEBIH BERKUASA DARIPADA WALI MUJBIR...

Bapa didesak rakan

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, diberitahu kanak-kanak 11 tahun yang dikahwinkan bapanya dengan pemimpin sebuah kumpulan tabligh mengalami trauma selama lima hari ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ibunya, Siti Sarnan Mat Ali, 42, berkata, dia juga tidak mendapat gambaran sebenar daripada Siti Zubaidah Hussin mengenai pernikahannya dengan Shamsuddin Che Deraman, 41, yang dikenali sebagai Sudin Ajaib, kerana ia berlaku bukan atas kerelaan anaknya.

Dia yang menjawab soalan di hadapan Hakim Abdullah Man bagi pihak anak perempuannya tidak bersetuju dengan pernikahan berkenaan kerana Siti Zubaidah bukan saja belum akil baligh, tetapi masih belum pandai memikul tanggungjawab.

Katanya, keadaan fizikal Sudin Ajaib yang besar tidak sesuai dengan Siti Zubaidah kerana anaknya itu bukan saja kecil tetapi tidak matang mengenai erti sebuah pernikahan.

Siti Sarnan turut mengesahkan anak perempuannya itu tidak boleh diharap kerana tidak tahu menyediakan hidangan mudah seperti memasak nasi, apatah lagi menguruskan rumah tangga dan masih bermain seperti kanak-kanak lain seusianya.

Katanya, kehormatan anaknya masih terpelihara walaupun dilarikan Sudin Ajaib sebelum ditemui semula kira-kira jam 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan Taman Samudera Jaya, Batu Caves.

Siti Sarnan yang diwakili peguam bela Mohd Zaki Zainal Abidin berkata demikian pada prosiding perbicaraan tuntutan mufarakah dibuat terhadap anak perempuannya itu dengan Sudin Ajaib.

MOHD ZAKI: Mengapa kamu mahu membatalkan pernikahan Siti Zubaidah. Kamu tahu dengan siapa dia dikahwinkan?

SITI SARNAN: Dia dikahwinkan dengan Shamsudin.

MOHD ZAKI: Siapa yang beritahu Siti Zubaidah sudah berkahwin?
SITI SARNAN: Suami.

MOHD ZAKI: Bila dia berkahwin dan di mana lokasinya?

SITI SARNAN: Pada 18 Februari 2010. Suami beritahu dia kahwin di sebuah madrasah Pakistan di Machang.

MOHD ZAKI: Bagaimana suami kahwinkan anak?

SITI SARNAN: Sebagaimana suami beritahu, dia didesak kawan Shamsuddin untuk kahwinkan anak perempuan terawal dalam keluarga. Suami jadi hilang pertimbangan dan dia kahwinkan sendiri anaknya bersaksikan dua saksi yang dia sendiri tidak kenal.

MOHD ZAKI: Berapa orang pada majlis akad nikah itu?

SITI SARNAN: Ada empat orang.

MOHD ZAKI: Siti Zubaidah ada bersama, ketika dinikahkan?

SITI SARNAN: Anak tidak berada bersama, sebaliknya berada di rumah bersama saya di Kampung Jelawang, dekat Dabong.

MOHD ZAKI: Kamu tahu cara perkahwinan?

SITI SARNAN: Saya tidak tahu, tetapi ada dua kali pernikahan. Mengikut cerita suami, anak sudah berkahwin dan Shamsuddin beri wang RM100.
MOHD ZAKI: Bagaimana Siti Zubaidah boleh hilang?

SITI SARNAN: Pada 19 Februari lalu, suami bersama Shamsuddin dan rakannya, Azhar, meminta kebenaran untuk menghantar Siti Zubaidah ke sekolah tahfiz di Wakaf Bharu, tetapi tidak menceritakan hal perkahwinan.

MOHD ZAKI: Selepas itu apa berlaku?

SITI SARNAN: Saya pun beritahu anak tidak boleh pergi kerana masih bersekolah dan selepas didesak suami, saya benarkan daftar saja, tetapi segera dibawa pulang pada hari sama.

MOHD ZAKI: Kemudian apa berlaku?

SITI SARNAN: Suami tidak pulang selama empat hari dan bila balik ke rumah dia tidak membawa bersama Siti Zubaidah dan kereta dipinjam daripada abang kandung saya.

MOHD ZAKI: Kamu ada soal siasat suami?

SITI SARNAN: Saya dapat tahu perkahwinan Shamsuddin melalui isteri pertamanya dikenali sebagai Rohana. Rohana ingin mengetahui sama ada suaminya menikahi anak perempuan saya. Saya pun menjawab tidak tahu.

Perbicaraan disambung 13 Oktober depan.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7982876.asp

No comments:

Post a Comment