Resah status anak
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail
2010/07/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEGAMAT: Akibat perkahwinan ibu bapanya tidak sah, seorang kanak-kanak berusia dua tahun berdepan kemungkinan gugur status sebagai ‘anak halal’ dan diberikan status anak tidak berbapa kerana permohonan sijil kelahirannya tidak disertakan surat nikah ibu bapanya itu.
Kanak-kanak malang terbabit berkemungkinan akan diberikan status anak tidak berbapa jika Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tidak menerima sijil pernikahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Melaka pada 2008.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Amira Mohamad, 26, mendakwa dia ditipu seorang lelaki yang juga suami gelapnya apabila terpaksa melalui proses pernikahan yang pelik di sebuah rumah pangsa di Shah Alam, Selangor, kira-kira tiga tahun lalu.
Menurutnya, pada majlis itu, dia diperdaya suaminya berusia 55 tahun kerana dinikahkan seorang kadi tidak bertauliah yang juga rakan karib lelaki itu.
Malah, ibu malang itu sering bertanyakan sijil pernikahan kepada suaminya itu, namun pelbagai alasan diberikan termasuk status wali tidak lengkap dan sebagainya lagi.
“Apa yang saya tahu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) langsung tidak menerima sebarang maklumat mengenai pernikahan kami.
“Perkara ini berlarutan sehinggalah saya selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 2008 di sebuah hospital swasta di Melaka,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Katanya, akibat tidak mempunyai sebarang sijil mahupun bukti keterangan nikah yang sah pihak hospital terpaksa memberikan status anak tidak berbapa.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan pihak hospital itu, dia kemudian bertanyakan kepada suaminya, namun diberikan alasan sama apabila pihak Jais lagi sekali dipersalahkan kerana kononnya maklumat pernikahan mereka itu sudah hilang serta tiada dalam sistem jabatan terbabit.
“Kekecohan yang timbul itu membuatkan suami ‘ghaib’ entah ke mana, malah satu laporan polis sudah dibuat berhubung perkara terbabit.
“Jika perkara ini berlarutan, saya terpaksa akur yang diri ini hanya dijadikan alat pemuas nafsu dan hubungan suami isteri sebelum ini tidak ubah seperti pasangan kekasih yang bersekedudukan,” katanya.
Tuesday, July 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment