... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Thursday, July 8, 2010

peminum arak jer bukan poligami...

Analisis: Pesalah kes ringan wajar kena kerja amal
Oleh Ahmad Naim Tahir

2010/07/09
HUKUMAN kerja komuniti bukanlah perkara baru di negara kita, cuma selama ini ia lebih bertumpu kepada pesalah muda dan dalam sesetengah kes, pesalah syariah.

Mungkin ramai masih ingat kes setahun lalu membabitkan Muhammad Syafiq Abdul Wahab, 20, yang pada mulanya dihukum 10 sebatan selepas mengaku bersalah merompak seorang pelajar menggunakan pisau, tetapi kemudian digantikan dengan hukuman khidmat masyarakat termasuk mencuci tandas serta membersih taman awam dan tapak pasar malam.
Begitu juga kes syariah membabitkan Kartika Sari Dewi Sukarno, 33, yang diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di Alor Akar, Kuantan atas perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi menggantikan hukuman enam sebatan atas kesalahan meminum arak.

Lalu, apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop mengumumkan bahawa pesalah yang dikenakan hukuman penjara kurang daripada tiga bulan dibenar melaksanakan hukuman alternatif dengan melakukan kerja komuniti harian, ia tepat pada masanya kerana pasti memberikan kebaikan dalam pelbagai aspek.

Manfaatnya antara lain dapat menyelamatkan wang rakyat daripada dibelanjakan membiayai banduan, mengurangkan kesesakan dalam penjara, mendekatkan pesalah kepada kerja kebajikan dan yang terpenting dapat mengelakkan pesalah terbabit daripada igauan trauma institusi penjara.

Pendekatan baru itu yang akan mula dilaksanakan bulan depan membolehkan pesalah menjalani kehidupan seperti biasa dan menanggung keluarga sepanjang tempoh hukuman, iaitu melakukan kerja amal selama empat jam sehari di 55 Pusat Kehadiran Wajib (PKW) yang dikendalikan Jabatan Penjara.

Mungkin kebanyakan daripada kita sedia maklum kisah dalam penjara, sama ada melalui laporan media atau diceritakan oleh mereka yang pernah berada di dalamnya, kebanyakannya kisah negatif dan ada yang sampai ke tahap meloyakan.
Lalu, wajarlah jika pesalah kes ringan seperti ragut dan curi melakukan khidmat masyarakat, khidmat bakti atau bekerja dalam perusahaan usaha sama bukan memerap dalam penjara dan apabila bebas nanti, menjadi penjenayah lebih serius lagi.

Rakyat harus sedar bahawa tanpa penjara tidak bermakna pesalah tidak boleh insaf.

Pendapat itu diakui pakar psikologi, Khairol Anuar Masuan, yang yakin hukuman khidmat masyarakat lebih berkesan dari segi psikologi dan ia mungkin lebih cepat menerbitkan rasa insaf di kalangan mereka yang menjalani hukuman berkenaan.

Melalui kaedah hukuman ini, pesalah terpaksa berdepan dengan masyarakat dan masyarakat pula sedar pesalah sedang menjalani hukuman. Jika dalam penjara, masyarakat tidak tahu apa yang berlaku dengan pesalah berkenaan dan mungkin tidak peduli pun.

Dalam institusi penjara, individu yang dihukum tersekat dengan pelbagai peraturan ketat dan pada masa sama, terdedah kepada perlakuan lebih buruk oleh rakan banduan yang lain. Sudah tentu kesannya tidak begitu elok kepada mereka yang dipenjarakan hanya kerana melakukan jenayah ringan, katanya.

Pelaksanaan kaedah terbaru itu juga diharap dapat mengikis tanggapan umum yang selama ini yang menganggap mereka yang ingin dipulihkan harus berada dalam persekitaran tertutup sepenuhnya.

Mungkin selepas ini, tiada lagi tanggapan sesiapa saja yang mahu dipulihkan atas apa juga kesalahan jenayah baik berat mahupun ringan harus diasingkan daripada masyarakat dan integrasi sosial sepanjang tempoh pemulihan.

No comments:

Post a Comment