JAKARTA: Pelakon, Wulan Guritno, 30, selamat melahirkan anak keduanya di Rumah Sakit Pondok Indah semalam.
Dalam laman Twitternya, Wulan, isteri pelakon Abigail Dimitri berkata, mereka menamakan bayi itu, Baby L atau nama penuhnya, London Abigail Dimitri.
Sebelum itu, Wulan yang dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu menemui gaya kreatif dan menarik dalam usaha melupakan kesakitan sementara menanti kelahiran Baby L — mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut. “Selain melayan tweeter, inilah cara saya melupakan kesakitan - mengeringkan rambut saya,” katanya.
Baby L ialah anak keduanya dan anak pertama Abigail.
Dilahirkan di London pada 14 April 1980, Wulan menjadi tajuk akhbar sebelum ini selepas dicalonkan untuk kerusi Parlimen dalam pilihan raya Indonesia oleh parti Mandat Nasional. - Agensi
No comments:
Post a Comment