... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Thursday, July 8, 2010

sebab tiada bini akibat dari nikah di"haramkan"...

Lempar senyuman manis sambil tunjuk kemaluan


2010/07/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Biadab apabila seorang lelaki gila seks sempat melemparkan senyuman manis sebelum dia secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang ketika itu sedang berjalan di Taman Bukit Teratai, Jumaat lalu.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu yang cuba beredar dan enggan melayan kerenah lelaki itu kemudian diekori sebelum dia sekali lagi cuba menggoda mangsa dengan menawarkan khidmat seks kepadanya.


Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum dia berselisih dengan lelaki terbabit yang menunggang motosikal.


“Ketika berselisih itu, mangsa tidak mempedulikan lelaki terbabit kerana menganggap yang dia juga mahu menggunakan laluan berkenaan.


“Bagaimanapun, lelaki itu sempat melemparkan senyuman sebelum dia secara tiba-tiba berpatah balik dan memanggil mangsa yang kemudian menoleh ke arahnya,” katanya.


Sumber terbabit berkata, sejurus menoleh, mangsa terkejut apabila melihat lelaki berkenaan menunjukkan kemaluannya.


“Risau dengan keadaan itu, mangsa terus berjalan laju, bagaimanapun lelaki terbabit masih mengekorinya.


“Sambil mengekori, lelaki berkenaan turut mengeluarkan kata-kata lucah dan bertanyakan kepada mangsa sama ada mahu melakukan seks dengannya,” katanya. Sumber itu berkata, takut melihat kelakuan pelik lelaki berkenaan, mangsa mengambil telefon bimbitnya dan berpura-pura menghubungi polis.


“Melihatkan mangsa berbual dalam telefon, lelaki terbabit mula bimbang sebelum dia mengambil keputusan beredar.


“Namun, ketika mahu beredar itu, lelaki berkenaan masih sempat meraba payudara mangsa,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang mengesan suspek berusia lingkungan 20-an yang berbadan agak gempal dan menunggang Yamaha LC merah.

No comments:

Post a Comment