... pun sah di mana2 jua bab cerai, rujuk, cina buta, memperbaharui akad & nikah semula...

untuk pakej, sila klik logo di bawah ini, tq.

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua

jom elak maksiat & bantu ekonomi muslim serta berdakwah terhadap kafirun di thailand jua
sedangkan kafirun pun bangga dapat "menikah"... play vid by klik the image.

Thursday, July 1, 2010

then how jika mereka pun lebih penakut & bodoh?

Tokoh agama dipelawa kongsi idea, kepakaran


2010/07/02
KUALA LUMPUR: Tokoh agama disaran membantu kerajaan mencari pendekatan terbaik dalam usaha menangani gejala pembuangan bayi dan membantu meyakinkan masyarakat Muslim di negara ini mengenai kepentingan pembelajaran pendidikan seks secara formal oleh remaja di institusi pendidikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie, berkata peranan tokoh agama sangat penting dalam memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat supaya tidak menghukum wanita yang hamil anak luar nikah sebaliknya memberi mereka khidmat kaunseling dan didikan nilai murni.
“Pendekatan baru harus diambil dalam usaha membendung gejala buang bayi dengan mendidik masyarakat memberikan sokongan moral kepada ibu yang mengandung anak luar nikah dan bukannya menghukum mereka sebagai penjenayah.
“Kementerian sedang dalam usaha untuk menemui tokoh agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan agama bagi mencari kaedah paling baik di samping memberikan maklumat mengenai situasi gejala buang bayi yang semakin serius dan memerlukan tindakan segera,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Ditanya pemberita mengenai saranan beberapa NGO supaya kerajaan melakukan penguatkuasaan menyekat laman web lucah dan aplikasi muat turun bahan berunsur pornografi, Heng berkata, perkara berkenaan adalah tanggungjawab ibu dan bapa bagi memastikan anak mereka bebas daripada bahan pornografi.

“Kerajaan sebelum ini pernah ada cadangan untuk menyaring laman web yang diakses oleh pengguna dengan tujuan menyekat bahan berunsur lucah tetapi mendapat bantahan daripada beberapa pihak kerana dianggap cuba menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan mendapatkan maklumat.

“Justeru, dalam hal ini, ibu bapa harus berperanan dengan baik dalam soal pendidikan anak di rumah seperti memasukkan program menapis kandungan internet di dalam komputer atau memeriksa telefon bimbit anak mereka supaya tiada sebarang unsur tidak diingini,” katanya.
Heng berkata, pendidikan seks adalah langkah yang paling berkesan bagi membendung gejala salah laku seks, kehamilan anak luar nikah serta kes pembuangan bayi dan langkah berkenaan sudah dibuktikan berjaya di negara luar.

“Matlamat kerajaan adalah untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa dan menghapuskan gejala sosial berkaitan seks. Semua pihak perlu sedar dan menerima hakikat bahawa didikan adalah cara paling efektif untuk menangani isu ini dan bukannya hukuman kepada mereka yang terbabit,” katanya

No comments:

Post a Comment