'Jangan terburu-buru perkenal pendidikan seks'
2010/07/02
ALOR SETAR: Kerajaan tidak boleh terburu-buru memperkenalkan pendidikan seks di sekolah kerana ia bukan satu-satunya jalan keluar untuk menyelesaikan masalah salah laku seks dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata keputusan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah memerlukan pandangan profesional dalam bidang berkaitan terutama psikologi dan pendidikan.
Katanya, isu salah laku seks dan pembuangan bayi perlu ditangani dengan dua kaedah iaitu menangani puncanya dan pengurusan kes bagi mereka yang sudah terbabit dengan perlakuan itu.
“Orang profesional perlu berbincang mengenai isu ini hingga ada satu kesimpulan sama ada pendidikan seks ini perlu atau tidak diperkenalkan dengan tidak hanya bergantung terhadap kepada pandangan sebelah pihak.
“Saya setuju dengan pendekatan segera untuk menyekat laman pornografi dari dilayari pelajar,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment